Paksa walau nangis, penjagaan gigi bayi perlu dimulakan seawal gigi pertama tumbuh — Pakar


  • Bonda
  • Rabu, 21 Jan 2026

Ibu bapa disarankan untuk memberus gigi anak seawal gigi pertama tumbuh. — Gambar hiasan

PENJAGAAN kesihatan kanak-kanak bukanlah melibatkan aspek pemakanan dan imunisasi semata.

Ia turut merangkumi kesihatan serta kebersihan dalaman mulut yang perlu ditekankan sejak bayi.

Menurut pakar pergigian, Arissa Aziz, masih ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa penjagaan gigi bayi perlu dimulakan seawal gigi pertama mula tumbuh.

BACA LAGI: Setia sampai 5 tahun, pekerja syarikat automotif ganti bonus 'cash' dengan unit pangsapuri

BACA LAGI: Tunggu capai usia mumayyiz, pilih masjid lebih besar elak anak 'buas' ganggu jemaah solat

Penjagaan gigi amat penting bagi memastikan kelancaran pertumbuhan kanak-kanak. — Gambar hiasan

"Ibu bapa selalu datang periksa setahun, tetapi bila tanya dah mula gosok gigi anak, ramai jawab belum.

"Ingat ya, kalau nampak gigi anak nak tumbuh, dah boleh mula berus gigi," sarannya.

Katanya, gigi susu memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Ia termasuk membantu proses mengunyah, pertuturan dan memastikan ruang yang betul untuk pertumbuhan gigi kekal.

Mengulas lanjut tentang kebimbangan penggunaan ubat gigi berfluorida, beliau menasihatkan bahawa ia bukanlah perkara menjadi masalah.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesyorkan penggunaan ubat gigi berfluorida tetapi dengan mengambil kuantiti yang sangat kecil iaitu sekadar secalit pada berus gigi kanak-kanak.

Dengan kuantiti yang betul, penggunaan fluorida adalah selamat meskipun ia ditelan.

"Penjagaan gigi kanak-kanak ini bermula daripada didikan ibu bapa di rumah.

"Anak taknak gosok? Paksa dahulu mula-mula memang akan menangis tetapi perlu bina rutin untuk mereka," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram