Dulu digelar 'jelek', tak secantik ibu, kini wajah persis model 'high fashion', makin laris di pentas peraga


  • Gaya
  • Khamis, 22 Jan 2026

Dengan tinggi 1.75 meter, wajah unik dan keyakinan diri yang tinggi, dia berjaya menarik perhatian ramai.

DAHULU sering dijadikan bahan ejekan, kini dipuji sebagai simbol kecantikan unik dalam dunia fesyen.

Itulah perubahan yang dialami Lin Xi Tong, anak kepada pasangan selebriti terkenal Taiwan, Zhang Ting dan Lin Ruiyang yang kini mula menonjol di pentas fesyen.

Sejak kecil, Xi Tong sentiasa menjadi tumpuan kerana ibu bapanya terkenal.

BACA LAGI: Niat nak kurus amal diet karnivor, pempengaruh usia 23 tahun alami masalah buah pinggang serius

BACA LAGI: Konon tanda prihatin, jururawat digantung tugas gara-gara benarkan teman lelaki urus ubat, laporan pesakit

Pada usia 16 tahun, Lin Xi Tong (kiri) tampil dengan imej yang berbeza.

Namun, perhatian itu bukan semuanya bersifat positif. Penampilannya sering dikritik kerana dikatakan tidak secantik ibu bapanya, malah pernah ada individu yang melabelkannya sebagai anak artis paling hodoh.

Masa dan keyakinan diri akhirnya mengubah persepsi ramai. Kini, pada usia 16 tahun, Lin Xi Tong tampil dengan imej yang berbeza.

Dengan tinggi 1.75 meter, wajah unik dan keyakinan diri yang tinggi, dia berjaya menarik perhatian ramai, bukan kerana kritikan tetapi kerana pesonanya sendiri.

Tahun lalu, Lin Xi Tong membuat debut sebagai model dan berjaya mempamerkan gaya high fashion yang menawan.

Wajah eksotik, kulit sawo matang dan tubuh tinggi menjulang membuatkan penampilannya dipuji ramai.

Dalam foto keluarga terbaru yang dikongsi di media sosial, Lin Xi Tong jelas memancarkan aura model profesional, jauh berbeza daripada imej kanak-kanak yang dulu sering dikritik.

Ibunya, Zhang Ting turut berkongsi beberapa video di platform Xiaohongshu yang memaparkan Lin Xi Tong bercakap secara terbuka tentang standard kecantikan.

Lin Xi Tong menegaskan bahawa kecantikan tidak seharusnya diukur hanya dengan satu standard.

“Semua warna kulit cantik. Setiap orang mempunyai cara tersendiri menilai kecantikan,” katanya.

Penampilan Lin Xi Tong sering dikritik kerana dikatakan tidak secantik ibu bapanya.

Lin Xi Tong juga menanggap komen tentang warna kulitnya dengan santai. Beliau berseloroh bahawa orang mungkin terkejut jika melihatnya secara langsung kerana kulitnya lebih gelap daripada di gambar.

Warna kulitnya bukan semata-mata kerana faktor genetik, tetapi juga hasil berjemur dan jarang menggunakan pelindung matahari.

Malah, bapanya pernah membelikan minyak khas untuk membantunya mendapatkan tona kulit tanning.

Dalam satu perkongsian lain, apabila ditanya tentang persamaan wajah dengan ibu bapanya, Lin Xi Tong beranggapan beliau lebih menyerupai bapanya.

“Walaupun tidak begitu jelas, kulit ayah saya juga agak gelap seperti saya,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram