Bukan gimik! Pasangan mempelai tampil kelainan, 'dress up' busana karakter ikonik anime Demon Slayer


  • Cinta
  • Sabtu, 17 Jan 2026

Majlis perkahwinan pasangan pengantin di Indonesia yang bertemakan anime Demon Slayer. — Agensi

SEBUAH majlis perkahwinan di Indonesia mencuri perhatian apabila pasangan pengantinnya tampil berani memilih konsep luar dari kebiasaan.

Karakter anime Demon Slayer, Kimetsu no Yaiba menjadi tema pada majlis resepsi mereka, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Tasikmalaya, Indonesia itu turut tular di media sosial selepas pasangan berkenaan tampil menggayakan busana perkahwinan dengan watak Giyu Tomioka dan Shinobu Kocho, dua karakter ikonik dalam siri anime popular tersebut.

BACA LAGI: 'Jika semua 'disuap' mereka tak belajar urus diri', Arrora Salwa praktik 3 perkara asas didik anak berdikari

BACA LAGI: Elak 'simpan' wuduk terlalu lama, bimbang kemungkinan terbatal tanpa sedar

Menariknya, konsep tersebut bukan sekadar gimik visual, sebaliknya membawa naratif cinta peribadi yang sarat dengan emosi.

Meskipun tampil dengan elemen budaya luar, pasangan itu tidak mengenepikan nilai tradisi dan kesucian majlis perkahwinan.

Upacara akad nikah mereka berlangsung dalam suasana tenang dengan kedua-dua mempelai mengenakan busana tradisional serba putih.

Pengantin juga pada awalnya mengenakan aksesori tradisional rantai bunga melati dan blangkon sebagai simbol adat Jawa.

Namun, suasana berubah sepenuhnya ketika majlis resepsi apabila pengantin lelaki dan perempuan tampil berani menghidupkan watak anime pilihan mereka.

Pengantin perempuan, Bening Amy menjelaskan bahawa pemilihan Giyu dan Shinobu dilakukan dengan penuh makna.

"Dalam cerita asal, kisah mereka tidak berakhir bahagia kerana watak wanita meninggal dunia.

"Kami mahu 'menyelesaikan' kisah itu dengan pengakhiran gembira di dunia nyata," katanya.

Pendekatan kreatif itu secara tidak langsung menjadikan perkahwinan mereka bukan sahaja unik dari segi visual.

Malah, ia kaya dengan simbolik sebagai lambang keinginan untuk mentafsir semula kisah fiksyen menjadi realiti kehidupan.

Lebih menarik, konsep tersebut turut mendapat penerimaan baik oleh seluruh tetamu yang hadir.

Fenomena itu turut mencerminkan perubahan trend perkahwinan dalam kalangan generasi muda yang kini lebih cenderung menampilkan identiti dan minat peribadi dalam hari bersejarah mereka.

Perkahwinan tidak lagi dilihat sekadar formaliti, sebaliknya menjadi ruang ekspresi diri. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram