PENYANYI terkenal, Liza Hanim mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama anak-anaknya yang berjaya mencatat pencapaian akademik cemerlang baru-baru ini.
Dalam hantaran di Instagram, Liza menzahirkan kegembiraan terhadap anak keduanya, Marissa Qaireen yang mencatat keputusan gemilang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
"Marissa Qaireen, ayah dan mama sangat bangga dengan awak. Tahun 2025 memang mencabar... ada masa menangis, rasa penat dan hampir putus asa tetapi awak berjaya lalui semuanya.
"Alhamdulillah, usaha Kak Ngah membuahkan hasil. Tahniah atas keputusan IGCSE awak," kata Liza.
BACA LAGI: Niat nak kurus amal diet karnivor, pempengaruh usia 23 tahun alami masalah buah pinggang serius
Beliau tidak ketinggalan memberi semangat kepada Marissa untuk terus mara ke hadapan, sambil menasihati anaknya supaya menghargai detik manis bersama rakan-rakan dan sentiasa menjaga hubungan dengan ALLAH.
"Jangan tinggal solat dan terus berdoa," pesannya.
Selain Marissa, Liza turut berkongsi rasa bangga terhadap anak sulungnya, Marsya Qistina yang baru sahaja menerima Anugerah Dekan UITM.
"Marsya Qistina, tahniah atas penerimaan Anugerah Dekan UITM. Usaha awak memang luar biasa dan memang layak untuk kejayaan ini.
"Terima kasih kerana sentiasa membuat ayah dan mama bangga. Tinggal setahun lebih untuk menamatkan ijazah, Kak Long… teruskan usaha," katanya.
Untuk rekod, Liza Hanim berkahwin dengan Mohd Shahrin Abdul Salam pada 2003.
Pasangan ini kemudian dikurniakan lima orang anak iaitu Marsya Qistina, Marissa Qaireen, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
