Tak kisah beza usia 38 tahun, pempengaruh pilih kahwin dengan guru sekolah menengah, bukan kerana harta


  • Cinta
  • Khamis, 15 Jan 2026

Pempengaruh, Minea Pagni, 22, untuk mengikat tali pertunangan dengan bekas guru sekolah menengahnya, Massimo, 60. 

BEZA usia hampir 40 tahun tidak menjadi penghalang bagi pempengaruh, Minea Pagni, 22, untuk mengikat tali perkahwinan dengan bekas guru sekolah menengahnya, Massimo, 60. 

Namun, keputusan ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, termasuk dakwaan bahawa hubungan mereka didorong oleh harta.

Minea menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. 

“Merendahkan pilihan seorang wanita hanya kerana wang adalah salah satu stereotaip lama yang tidak adil. 

"Saya berkahwin dengannya kerana pemikiran, nilai dan cara dia mencintai, bukan hartanya,” ujarnya dalam temu bual bersama The New York Post.

BACA LAGI: Niat nak kurus amal diet karnivor, pempengaruh usia 23 tahun alami masalah buah pinggang serius

BACA LAGI: Konon tanda prihatin, jururawat digantung tugas gara-gara benarkan teman lelaki urus ubat, laporan pesakit

Hubungan mereka bermula lima tahun lalu ketika Massimo masih mengajar falsafah di sekolah menengah Minea. 

Pada waktu itu, tiada apa-apa yang berlaku secara romantik. 

Dua tahun lalu, mereka bertemu semula secara tidak sengaja di sebuah kedai buku dan mula menjalin hubungan. 

Pasangan ini akhirnya melangsungkan perkahwinan bulan lalu.

Minea menegaskan bahawa perbezaan usia tidak menjadi isu dalam hubungan mereka. 

“Saya terpikat dengan kepintaran, personaliti ceria, rasa ingin tahu tentang dunia dan ketiadaan prasangka dalam dirinya. Hubungan kami lebih daripada soal umur,” jelasnya.

Terdapat juga spekulasi mengenai jam tangan mewah Massimo, yang kononnya menjadi bukti bahawa hubungan mereka berdasarkan harta.

Bagaimanapun, Minea menafikan dakwaan itu sepenuhnya. 

“Dia tidak memiliki atau mengidamkan Rolex. Dia hanya memiliki dua jam tangan, salah satunya hadiah saya dan dia sangat menghargainya,” ujarnya.

Pada awalnya, ibu bapa Minea agak ragu dengan hubungan ini, namun akhirnya memberi restu setelah melihat kebahagiaan dan kestabilan pasangan itu. 

“Apabila mereka melihat betapa saya dihormati, disokong, dan bahagia, mereka mempercayai pilihan saya. Hari ini, mereka sendiri melihat cinta dan kestabilan yang kami kongsikan,” tambahnya.

Katanya, Massimo menyokong keputusannya berkongsi sebahagian kehidupan mereka di media sosial. 

“Kami sehaluan dalam apa yang dikongsi dan sebabnya. Hubungan kami berasaskan kepercayaan dan rasa hormat, bukan umur atau harta,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram