'Janji dulu baru jalan-jalan', ibu kongsi tip 'travel' DIY berdua dengan anak kecil


  • Bonda
  • Jumaat, 09 Jan 2026

Pengalaman wanita bercuti ke luar negara bersama anaknya yang masih kecil. — Gambar hiasan

PERCUTIAN bersama anak kecil sememangnya menjadi antara cabaran terbesar bagi ibu bapa, terutama apabila melibatkan perjalananan yang jauh dan cuaca ekstrem.

Namun, dengan perancangan teliti dan kerjasama yang baik antara ibu dan anak, segala cabaran tersebut mampu diatasi sekali gus menjadikan perjalanan lebih lancar dan bermakna.

Berkongsi pengalaman sama, seorang pengguna akaun Threads @azlindafarida mendedahkan caranya mengembara secara DIY (do it yourself) bersama anak lelakinya.

BACA LAGI: Tuah suami isteri tebus 'insurans cinta' RM5,000, tak sengaja beli ketika 'dating' zaman universiti

BACA LAGI: Banyak hati, lisan, tingkah perlu jaga, wanita kongsi 'ujian' sebenar tunai umrah dengan ibu

"Saya mula bercuti berdua sahaja dengan Raphael pada 2023 musim sejuk di Seoul, Korea.

"Ayahnya tak ikut sekali. Umurnya waktu itu baru 6 tahun. Ada dua pesanan saya padanya sebelum mulakan perjalanan.

"Pertama, tiada kereta sorong, kita akan berjalan kaki sama-sama. Kalau penat beritahu untuk berhenti dan rehat bersama.

"Kedua, tidak boleh minta saya dukung sebab tak larat. Setuju kita teruskan, janji dulu.

"Alhamdullilah dah nak masuk tahun keempat kami ada trip musim salji tahunan," katanya.

Menurutnya, hasrat ke negara bersalji itu tercetus kerana keinginan anaknya sendiri untuk merasai pengalaman salji.

Meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, ia tetap menjadi momen manis yang akan dikenang kelak.

"Tolak bag sendiri, layan anak, transit, tukar penerbangan, terlepas kereta api pun ada.

"Tetapi itu semua kenangan manis kami," jelasnya.

Kisahnya turut mendapat sokongan daripada para ibu lain termasuk pengguna akaun @its_akiko_sone yang berkongsi pendekatan serupa.

Menurutnya, perbincangan awal dengan anak tentang setiap pergerakan dan tempoh perjalanan perlu dilakukan.

"Saya guna cara yang sama dan ya, anak faham. Kalau perjalanan jauh, saya beritahu dia awal-awal siap dengan masa berapa jam dalam kereta.

"Saya juga beritahu makanan kegemarannya mungkin tiada di sana dan perlu makan apa-apa sahaja.

"Jadi, anak-anak tak banyak kerenah dan faham apa yang mereka hadapi," kongsinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram