Simbolik cinta, kekasih maut nahas kemalangan, nama diabadikan pada kafe konsep Vietnam, Filipina


  • Cinta
  • Isnin, 12 Jan 2026

Kisah percintaan pasangan kekasih yang diabadikan di sebuah kafe. — Agensi

DARIPADA sebuah kehilangan yang tidak terungkap dengan kata-kata, lahirlah Reinne’s Place.

Sebuah kafe berdiri teguh sebagai simbol cinta, ketabahan dan harapan di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS).

Kedai kopi berteraskan budaya Vietnam dan Filipina itu diasaskan oleh Tommy Le sebagai penghormatan buat mendiang kekasihnya, Reinne Lim, wanita yang menjadi cahaya dalam hidupnya.

BACA LAGI: 'Bukan asal lulus atau ikut kawan', bapa latih anak model ‘GROW’, pilih hala tuju lepas SPM 2026

BACA LAGI: Ibu muda pernah tular lulus ujian sivil 2 hari lepas bersalin, jadi hakim wanita pertama di Tamil Nadu

Idea Reinne’s Place lahir menjadi keyakinan untuk menyembuhkan luka paling dalam.

Pada 2022, kehidupannya berubah sekelip mata apabila kenderaan mereka yang dinaiki dirempuh oleh pemandu lori yang memandu melawan arus di lebuh raya.

Reinne pergi buat selama-lamanya, manakala Tommy terselamat dalam keadaan kritikal.

Tommy juga terpaksa melalui beberapa pembedahan dan proses pemulihan yang panjang.

Namun, kesakitan fizikal hanyalah sebahagian kecil daripada perjuangannya.

Dengan sokongan rakan dan keluarga, beliau perlahan-lahan bangkit semula.

Dalam tempoh itu, beliau turut mengenali dunia kopi dan hospitaliti, sesuatu yang akhirnya menjadi jambatan antara kehilangan dan harapan.

Selama hampir tiga tahun, impian itu tidak pernah padam.

Kenangan yang turut diabadikan di dalam kafe tersebut. — Agensi

Sehinggalah satu hari, dalam perjalanan pulang, Tommy terlihat sebuah premis dengan papan tanda 'untuk disewa'.

Panggilan ringkas pada nombor tertera seakan menjadi jawapan kepada doa yang lama dipendam, maka bermulalah penubuhan Reinne’s Place.

Menariknya, selain jenama kafe, nama kekasihnya juga diabadikan dalam menu jualannya.

Dengan bantuan ramai, beliau membeli sebuah mesin espresso dan memulakan siri pop-up dikenali sebagai 'Reinne Drops'.

Setiap cawan kopi yang dijual bukan sekadar minuman, tetapi menjadi satu langkah kecil menuju impian yang dibina atas kenangan dan cinta.

Semua hasil jualannya turut disalurkan kembali ke dalam pembinaan kafe tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram