Bukan calang-calang, 'goodie bag' Golden Globes 2026 cecah RM4 juta, ini isinya...


  • Gaya
  • Isnin, 12 Jan 2026

Setiap beg hadiah untuk pemenang dan penyampai di Golden Globes 2026 mengandungi produk premium dan pengalaman unik. — Agensi

BEG hadiah atau sinonim dengan goodie bag Anugerah Golden Globes 2026 kembali dengan tawaran hadiah luar biasa untuk pemenang dan penyampai, bernilai hampir USD1 juta (RM4,060,000).

Edisi kali ini lebih menumpukan kepada pengalaman mewah, termasuk penginapan eksklusif di resort global, sewaan kapal layar mewah dan botol wain Perancis yang sangat jarang ditemui.

Koleksi hadiah ini dikurasi oleh Robb Report dan dibungkus dalam Atlas Bespoke Signature Duffel Bag bersama The Ultimate Gift Book yang menerangkan setiap tawaran dalam kategori Pelancongan, Kecantikan, Kesihatan dan Minuman Premium.

BACA LAGI: Rasa 'down' cita-cita nak jadi angkasawan diperlekeh, tapi kembali semangat lepas dapat poskad daripada Dr. Sheikh Muszaphar

BACA LAGI: 'Bukan asal lulus atau ikut kawan', bapa latih anak model ‘GROW’, pilih hala tuju lepas SPM 2026

The Muraka. — Agensi

Antara item paling mahal termasuk wain Liber Pater ultra-rare bernilai lebih USD200,000 (RM812,000), penginapan malam di The Muraka kediaman bawah laut pertama di dunia serta penginapan mewah di resort terkemuka dunia.

Senarai penuh tawaran:

Pelancongan dan pengalaman

  • Casa Bellamar by Destinations in Paradise – RM101,500 

Tiga malam di vila tepi pantai, San Jose del Cabo, Mexico (5 penerima)

  • Celestia Phinisi – RM243,600

Lima hari sewaan kapal layar mewah di Coral Triangle, Indonesia (semua penerima)

  • Conrad Koh Samui – RM62,300

Tiga malam di Royal Villa, Teluk Thailand (3 penerima)

  • Conrad Maldives Rangali Island – RM284,200

Dua malam di The Muraka + dua malam di Rangali Ocean Pavilion (5 penerima)

  • Conrad Singapore Orchard – RM48,700

Empat malam di Premium Suite, Singapura (3 penerima)

  • Flockhill, ROKI & Minaret – RM127,000

Enam malam di tiga lodge mewah New Zealand (1 penerima)

  • Foley Entertainment Group – RM58,650

Empat malam di Wharekauhau Country Estate + makan malam khas pembuat wain (20 penerima)

  • Hilton Maldives Amingiri Resort & Spa – ~RM324,800

Tiga malam di The Residence, vila enam bilik (5 penerima)

  • Mandapa, a Ritz-Carlton Reserve – RM23,500

Tiga malam di Bali, Indonesia (3 penerima)

  • Naturhotel Forsthofgut – RM46,700

Tiga malam di Leogang, Austria (5 penerima)

  • Robb Report: The Concours Club Test Drive – RM127,400

Ujian pandu kereta eksklusif 2027 di Florida (1 penerima)

  • Robb Report: Car of the Year Tickets – RM127,400

Dua tiket Car of the Year (1 penerima)

  • Round Hill Hotel and Villas – RM121,800

Tiga malam di vila mewah Montego Bay, Jamaica (1 penerima)

  • The Reserve at Grace Bay – RM203,000

Tiga malam di vila tepi pantai, Turks & Caicos (6 penerima)

  • Umana Bali, LXR Hotels & Resorts – RM85,300

Empat malam di vila dengan pemandangan laut panoramik (3 penerima)

  • Waldorf Astoria Bangkok – RM83,200

Empat malam di Royal Suite (3 penerima)

  • Waldorf Astoria Maldives Ithaafushi – RM105,600

Tiga malam di Grand Overwater Villa (6 penerima)

  • XO – RM56,800

Akses belakang tabir perlumbaan W.E.C 2026 + insentif penerbangan jet peribadi (5 penerima)

Beg hadiah Golden Globes turut menawarkan produk kecantikan dan kesihatan eksklusif.  — Agensi

Kecantikan dan kesihatan

  • Beau Domaine – RM1,110

Rutin penjagaan kulit Brad Pitt

  • Cellcosmet – RM1,805

Set penjagaan kulit premium

  • CurrentBody Skin – RM3,490

Helmet LED pertumbuhan rambut

  • DOGPOUND – RM30,450

Sewaan eksklusif gimnasium peribadi (5 penerima)

  • Elysium Health – RM1,950

Langganan suplemen kesihatan setahun

  • Guerlain Wellness Spa – RM1,950

Urutan pasangan Time Together (25 penerima)

  • Maison Devereux – RM85,300

Keahlian Golden Circle setahun + syampu dan perapi emas (3 penerima)

  • Perfumehead – RM2,500

Minyak wangi Extrait de Parfum

  • Sothys – RM2,600

Sothys x Bernardaud Porcelaine La Crème 128

  • TRONQUE – RM1,885

Set spa badan lengkap — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram