Gabungkan songket Malaysia-Thailand, dua beradik Legasi Nyonya Tan peraga busana Peranakan di Sukan Sea 2025


  • Gaya
  • Sabtu, 27 Dis 2025

Busana dikenakan dua beradik daripada Legasi Nyonya Tan sempena Sukan Sea 2025 di Thailand. — Behati

WARISAN budaya Peranakan Malaysia diraikan di pentas antarabangsa apabila dua beradik daripada Legasi Nyonya Tan, Along Asraf dan Ayu Hussain tampil memperagakan busana istimewa sempena Sukan SEA 2025 di Thailand baru-baru ini.

Busana dihasilkan pereka jenama popular tempatan, Behati, Kel Wen turut menggabungkan keindahan songket berwarna dari Malaysia dan Songket Thailand putih yang menonjolkan dialog budaya serantau.

Tampil dengan interprestasi moden, Along Asraf menggayakan busana lelaki Peranakan klasik dengan Songket Sup Sikap yang dipadankan bersama Baju Melayu Cekak Musang bersiluet bersaiz besar.

BACA LAGI: Trend 'surprise' kit ujian kehamilan kotor, doktor beri amaran elak simpan walau lepas cuci, cukup ambil gambar

BACA LAGI: Sebak baca diari arwah bapa, sekecil perkara ditulis sampai perlawanan Lee Chong Wei, Lin Dan pun ada rekod

Untitled design - 5

Busana Peranakan menggunakan songket Malaysia yang berwarna. — Behati

Sarong yang dipakai pula diperbuat daripada kain sari serta hiasan kepala Banarasi Baba menggunakan kain broked pelbagai kaum.

Manakala, Ayu dimahkotakan dengan hiasan kepala emas berhias Nusantara dan hiasan leher Kalung Pheonix yang diperbuat daripada Songket dihiasi dengan hiasan logam Melayu.

Pakaian tradisional masyarakat Cina itu turut direka semula menjadi Kebaya dengan perkadaran yang serupa, digayakan dengan Sirat dan skirt Songket.

Untitled design - 5

Songket putih Thailand dalam busana Peranakan. — Behati

Songket berlapis, broked serta dan tekstil berlipat diukir menjadi siluet kontemporari, diperincikan dengan aplikator emas, pengikat tradisional, dan motif nenek moyang.

Sementara itu, Nyonya Tan Abdullah merupakan ikon budaya Baba Nyonya yang dihormati di Malaysia.

Beliau juga diiktiraf secara meluas atas dedikasi sepanjang hayatnya untuk memelihara Dondang Sayang sebagai satu bentuk penceritaan muzik tradisional Melayu-Peranakan.

Dihormati sebagai Ikon Hidup Warisan Kebangsaan, beliau mendedikasikan hidupnya untuk memastikan bentuk seni tersebut kekal hidup, relevan serta diwarisi turun-temurun.

Legasi Nyonya Tan yang terus diwarisi sehingga kini. — Behati

Selepas pemergiannya pada 2012, legasinya diteruskan melalui ahli keluarga lain yang masih aktif terlibat dalam mengajar, melakukan persembahan dan mengekalkan Dondang Sayang.

Menerusi bengkel, persembahan dan platform budaya, keluarga itu masih meneruskan misinya demi melindungi warisan tidak ketara yang berakar umbi dalam puisi, muzik serta identiti Peranakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram