PENYANYI tersohor Amerika Syarikat, Beyonce kini rasmi bergelar bilionair, menurut Forbes pada Isnin.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan beliau penyanyi kelima yang berjaya mencapai tahap itu.
Beyonce, 44, kini termasuk dalam kelompok terpilih bersama suaminya, rapper Jay-Z dan artis lain seperti Taylor Swift, Bruce Springsteen dan Rihanna.
Forbes yang terkenal dengan penarafan individu terkaya dunia menekankan kejayaan Beyonce adalah hasil gabungan bakat muzik dan strategi perniagaan yang bijak.
Beberapa tahun kebelakangan ini beliau mencapai pencapaian yang luar biasa.
Buktinya, pada 2023, Renaissance World Tour beliau meraih hampir RM2.43 bilion (AS$600 juta).
Tahun berikutnya, beliau mengejutkan peminat dengan album country Grammy, Cowboy Carter sebelum mengadakan konsert dunia dengan kutipan tertinggi pada 2025.
Gabungan pendapatan daripada muzik, hak cipta lagu dan pelbagai kerjasama membuatkan Forbes menganggarkan Beyonce menjana RM599 juta (AS$148 juta) sebelum cukai pada 2025 sehingga menjadikannya penyanyi ketiga dengan pendapatan tertinggi dunia.
Selain muzik, Beyonce juga melebarkan sayap perniagaan melalui jenama penjagaan rambut, label wiski dan barisan pakaian.
Namun, sebahagian besar kekayaannya datang daripada muzik, jelajah dunia dan hak katalog lagunya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
