Berpantang kali ke-4, wanita kongsi cara sedia lauk 40 hari, suami cuma masak saja kukus, bakar, rebus


  • Bonda
  • Selasa, 30 Dis 2025

Wawadels menyiapkan pelbagai jenis ikan dan lauk lain untuk persediaan pantang untuk memudahkan suaminya memasak.

MENYEDIAKAN lauk pantang untuk tempoh 40 hari bukan lagi satu cabaran besar bagi pempengaruh, Wawadels yang berkongsi kaedah uniknya bagi memudahkan suami memasak tanpa perlu runsing.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di media sosial, Wawadels dilihat sedang menyiapkan pelbagai jenis ikan dan lauk lain untuk persediaan pantang.

“Saya lantik suami saya sebagai tukang masak,” katanya secara berseloroh.

BACA LAGI: Wanita 22 tahun lumpuh, nyaris maut akibat strok, waspada Gen Z juga berisiko terkena serangan otak

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

Menariknya, Wawadels memaparkan cara menguruskan persiapan lauk pantang dengan sistematik.

Setiap lauk dibungkus dalam plastik secara berasingan dan kemudian divakum untuk menjimatkan ruang dalam peti sejuk.

“Vakum untuk jimat ruang dalam peti. Nak masak ambil satu bungkus sahaja, tak perlu cairkan banyak-banyak. Bila dah beku, baru susun ikut minggu,” jelasnya sambil meletakkan lauk yang sudah siap di prep ke dalam peti ais.

Menurut Wawadels, persediaan ini membolehkan suaminya memasak lauk dengan pelbagai cara seperti dibakar, dikukus, direbus atau dimasak biasa tanpa tergesa-gesa.

“Lauk pantang siap, nanti suami tak kalut nak masak,” katanya.

Wawadels berkata, ini adalah kali keempat beliau melalui tempoh pantang sendiri dan turut menekankan kepentingan persediaan awal.

Antara lauk disediakannya termasuk ikan merah, salmon, tenggiri, bawal, kerisi, gelama, siakap, ayam kampung dan daging ala shabu-shabu.

Postingan Wawadels menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya terutama golongan wanita.

“Senang dah siap macam ni," kata Nurzaira Azreena Rahamat.

"Jadi inspirasi! Simpan idea ni untuk pantang akan datang, mungkin boleh pantang sendiri juga nanti," kata Rara Tan.

“Sangat teratur! Serius, ibu yang hebat! Macam ni rupanya bila dah anak 4, persediaannya memang luar biasa," kata Nurain Mohamed.

Pendekatan kreatif Wawadels ini bukan sahaja memudahkan urusan rumah tangga, tetapi juga menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain yang ingin menguruskan pantang dengan lebih sistematik dan teratur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram