Abang kecewa perkahwinan adik perempuan kesayangan batal, bakal suami kantoi buat perkara terkutuk dengan wanita lain


  • Cinta
  • Khamis, 25 Dis 2025

Pengorbanan abang menjaga adik sejak kehilangan ibu bapa kini diuji dengan kekecewaan perkahwinan adiknya batal gara-gara tunangnya dikatakan berzina. — Gambar hiasan/Janaan AI

SIAPA sangka, selepas bertahun-tahun menanggung segala susah payah membesarkan adik perempuan seorang diri, impian melihatnya bahagia di pelamin musnah hanya kerana seorang lelaki yang didakwa mengkhianati kepercayaannya.

Menurutnya, tarikh nikah sepatutnya 2 Januari 2026, namun rancangan itu tergendala gara-gara tunang adiknya dikatakan berzina.

Rasa kecewanya dikongsikan di akaun Threadsnya yang mendedahkan pengorbanan dilalui sejak kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.

BACA LAGI: Tawaran insentif ke gim, subsidi minuman protein tarik minat ahli bina badan Gen Z jadi penjaga warga emas

BACA LAGI: Selalu tanam tak subur, rupanya ada teknik terbaik jaga pokok kaktus dalam rumah

Sejak itu, beliau berusaha siang malam mencari nafkah untuk memastikan adiknya dapat melanjutkan pelajaran.

"Mak meninggal waktu adik ambil Penilaian Menengah Rendah (PMR), abah meninggal waktu adik ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Penat lelah aku nak sokong adik habiskan belajar," katanya.

Tambahnya, pengorbanan itu termasuk menasihati dan mendidik adiknya supaya menjadi wanita terbaik dari segi keluarga, agama dan persediaan untuk kehidupan berumah tangga.

"Tegur, nasihat, marah semua demi nak adik perempuan aku jadi wanita terbaik di sisi keluarga, agama dan suaminya,” tulisnya.

Malangnya, impian itu musnah apabila bakal adik iparnya yang juga seorang guru tahfiz dan hafiz al-Quran dikatakan mengkhianati kepercayaan mereka.

"Tiba-tiba datang seorang lelaki yang hebat dalam agama, nak jadikan adik aku isteri.

"Tetapi kau boleh pula berzina dalam keadaan tarikh nikah dah dekat," tambahnya.

Beliau juga mendedahkan kesan emosi yang dialami adiknya.

"Siapa nak tanggung rosaknya mental dan emosi adik aku? Aku yang selama ni banyak nasihat adik pasal kesihatan mental sebab aku sendiri pun ada Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) dan serangan panik.

"Adik pula ada masalah kemurungan," ujarnya.

Beliau turut menasihati lelaki lain supaya menghormati wanita dan tidak menganggap mereka sebagai objek.

"Selagi kau tidak mampu mengawal nafsu dan masih menganggap wanita sebagai alat semata-mata, jangan berkahwin.

"Jangan menyusahkan anak atau adik perempuan orang!” tegasnya sambil menyifatkan membesarkan adiknya ibarat membina semula sebuah istana yang besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram