'Anak saya ditahan dalam red zone', ibu kongsi detik cemas bayi 10 bulan lemas dalam selimut


  • Bonda
  • Khamis, 25 Dis 2025

Dalam kejadian pukul tiga pagi itu, wanita tersebut mendapati anaknya tidak memberikan sebarang reaksi. — Gambar hiasan/Janaan AI

KENANGAN malam raya kedua menjadi detik tidak dapat dilupakan seorang ibu apabila anaknya yang berusia 10 bulan lemas dalam kain selimut.

Mengimbas semula detik cemas itu, beliau berkata, kejadian berlaku selepas beliau dan suami pulang dari rumah mentua sekitar pukul 1 pagi.

Mereka terus mandi, menunaikan solat dan tidur kerana penat seharian beraya.

BACA LAGI: Trend rawatan kecantikan DIY di rumah makin popular di Korea Selatan

BACA LAGI: Tawaran insentif ke gim, subsidi minuman protein tarik minat ahli bina badan Gen Z jadi penjaga warga emas

Namun, sekitar pukul 3 pagi, beliau tersedar selepas merasakan tangan kecil menyentuh tubuhnya.

"Ya ALLAH, anakku…", luahnya.

Dalam keadaan panik, beliau segera mengangkat anaknya dan terkejut mendapati wajah bayi itu pucat kebiruan dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Beliau menangis sekuat hati sambil berdoa agar nyawa si kecil terselamat.

Tanpa membuang masa, pasangan tersebut terus bergegas ke hospital kecemasan terdekat.

Setibanya di hospital, bayi itu ditempatkan di bilik zon merah untuk rawatan segera.

"Saya menangis sekuat-kuatnya sambil berdoa. Saya dan suami terus pergi ke hospital kecemasan yang berdekatan.

"Sebaik sampai, anak saya ditahan dalam bilik red zone,” kongsinya di Instagram miliknya pada Rabu.

Akuinya, detik itu sukar digambarkan, hanya bergantung sepenuhnya kepada doa dan harapan.

Beliau menambah, pengalaman ngeri itu meninggalkan trauma yang mendalam.

Sejak kejadian, beliau berasa takut untuk menggunakan kain selimut ketika anaknya tidur.

Kebimbangan itu membuatkan beliau sentiasa berjaga, memeriksa keadaan anaknya secara berkala.

"Sampai sekarangg saya trauma, takut nak guna kain selimut lagi dan setiap malam dua jam sekali saya akan terjaga tengok anak-anak tidur," uajrnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram