'Setiap huruf belajar kerana ALLAH', anak Abby Abadi raih 4 anugerah cemerlang di sekolah


  • Bonda
  • Isnin, 22 Dis 2025

Ahli keluarga yang turut hadir memberi sokongan dan semangat sepanjang majlis berlangsung. — Threads/Abby

BARU berusia 17 tahun, anak ketiga kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mencipta kejayaan membanggakan selepas merangkul empat anugerah cemerlang serentak pada Majlis Sambutan Kecemerlangan Sekolah pada Sabtu lalu.

Menerusi hantaran dikongsikan Abby di akaun Threadsnya, kelihatan puterinya, Maria Danisha Hakim turut ditemani bapa kandungnya, Norman Hakim.

Maria Danisha yang kini berada di Tingkatan Lima dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan berjaya meraih Anugerah Prestasi Terbaik bagi tujuh subjek.

BACA LAGI: Wanita hamil serba salah anak termuntah di kafe, lega lihat reaksi staf redakan situasi

BACA LAGI: Segan tetamu datang nampak dapur, langsir 'lace' penyelamat, pilihan praktikal, naik seri kediaman

Ia termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.

Kejayaan itu itu turut dilengkapi dengan pengiktirafan sahsiah apabila Maria Danisha turut menerima Anugerah Prestasi Keseluruhan Terbaik Tingkatan Lima, Anugerah Kepimpinan Ansor serta Anugerah Valedictorian.

Pencapaian tersebut pada masa sama diiringi ucapan menyentuh hati daripada ibunya.

"Mummy sentiasa mendoakan kejayaan baby, untuk dunia membawa ke akhirat.

"Terus jaga diri, solat, aurat dan hak ALLAH sebaiknya.

"Setiap huruf yang dipelajari dengan niat kerana ALLAH, dicatat sebagai ibadah.

"Baby teruskan belajar kerana ALLAH bukan sekadar untuk dunia, tetapi bekalan akhirat," ucapnya.

Dalam hantaran sama, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaa Maria Danisha. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram