BAYANGKAN membelanjakan lebih RM30,000 untuk pasangan, tetapi akhirnya dituntut kembali kerana makan terlalu banyak.
Itulah nasib seorang wanita, Wang di China apabila tunangnya, He, membawa hal ini ke mahkamah.
Pasangan ini berasal dari kampung yang sama di Heilongjiang dan bertemu melalui seorang matchmaker sebelum bertunang.
Mereka kemudian bersama-sama menguruskan restoran malatang (makanan tradisional) milik keluarga He di Hebei.
Wang membantu restoran selama enam bulan, tetapi He tidak puas hati kerana dia hanya melakukan tugas ringan dan menghabiskan lebih banyak makanan daripada yang dijual di restoran.
Keluarga He turut merasakan Wang telah berubah sejak mereka bersama.
He menuntut Wang memulangkan wang hantaran awal sebanyak 20,000 yuan (kira-kira RM11,600) serta perbelanjaan peribadi sebanyak 30,000 yuan (RM17,500) termasuk stoking hitam dan pakaian dalam.
Di mahkamah, Wang menjawab dengan tegas.
“Dia terlalu berkira. Saya bukan hanya teman wanita, tapi manusia yang ada perasaan. Tidakkah dia gembira dengan stoking dan pakaian dalam yang dibelinya?," katanya.
Keputusan mahkamah memihak sebahagiannya. Wang tidak perlu memulangkan 30,000 yuan bagi barangan peribadi kerana wang itu mempunyai nilai emosi bagi kedua-dua pihak, tetapi separuh daripada wang hantaran awal tetap perlu dikembalikan kepada He.
Kedua-dua pihak akhirnya berpuas hati dengan keputusan itu.
Menjengah ke ruangan media sosial, ramai warga maya memberi reaksi atas isu itu.
“Kalau begitu berkira, dia patut bayar gaji pada teman wanitanya," kata seorang pengguna.
“Dia bukan perlukan isteri, tapi pengasuh," kata pengguna lain.
Menurut China Civil Code 2021, tuntutan pulangan hantaran sah sekiranya pasangan belum berkahwin, belum tinggal bersama selepas pendaftaran perkahwinan atau menimbulkan kesulitan kepada keluarga lelaki. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
