[VIDEO] Bintang Avatar teruja terima rantai manik motif burung kenyalang, Rafflesia karya anak Malaysia


  • Gaya
  • Jumaat, 19 Dis 2025

Zoe Saldana (kiri) dan Sigourney Weaver teruja menerima rantai manik eksklusif hasil artis Malaysia. — Instagram/@heydanielcheang, @art._bead

SELEPAS tular interaksinya bersama Ariana Grande dan Cynthia Erivo pada tayangan perdana filem Wicked: For Good di Singapura bulan lalu, penyampai radio dan personaliti TV, Daniel Cheang sekali lagi mencuri perhatian apabila menemu bual dua bintang filem Avatar, Zoe Saldana dan Sigourney Weaver.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, kali ini Daniel dilihat menghadiahkan sebuah rantai manik kepada kedua-dua pelakon terkenal itu.

Hadiah tersebut katanya dihasilkan oleh artis tempatan dan diinspirasikan daripada elemen budaya serta alam semula jadi sinonim dengan Sabah dan Sarawak.

BACA LAGI: Mahu suami lihat rupa sebenar, wanita 'berani' tampil tanpa mekap pada hari perkahwinan

BACA LAGI: Pernah derma kaki palsu, 2 sahabat beza benua kembali bertemu lepas 16 tahun terpisah

"Ia merupakan sebuah simbol kuasa dari Malaysia. Saya rasa awak akan menyukainya kerana awak menyukai alam semula jadi," kata Daniel ketika menyerahkan hadiah berkenaan.

Rantai tersebut menampilkan motif burung kenyalang serta Rafflesia atau bunga pakma yang dikenali sebagai antara bunga terbesar di dunia dan menjadi simbol dua negeri Borneo berkenaan.

Zoe dan Sigourney kelihatan teruja apabila mengetahui makna di sebalik rekaan tersebut, malah mengakui pernah mendengar tentang bunga rafflesia sebelum ini.

"Terima kasih banyak-banyak atas hadiah ini," ujar Zoe, manakala Sigourney menyifatkan hadiah berkenaan sebagai sesuatu yang indah dan bermakna.

Kedua-duanya turut kelihatan terharu dengan usaha serta sentuhan budaya yang diketengahkan.

Lebih mencuri perhatian, kedua-dua Wanita itu dilihat terus menyarungkan rantai tersebut sejurus menerimanya.

Daniel menjelaskan rekaan itu turut dipengaruhi oleh dunia Avatar serta siri animasi tempatan Astro Papa Zola, dengan penekanan terhadap warna-warna Sarawak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram