INTERAKSI penyampai radio, Daniel Cheang, bersama bintang utama filem Wicked: For Good baru-baru ini mencuri perhatian media sosial apabila beliau menghadiahkan kuku pressed-on kepada dua pelakon wanita tersebut, iaitu Ariana Grande dan Cynthia Erivo.
Detik tersebut berlaku di acara tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di Resorts World Sentosa, Singapura pada Khamis.
Dalam video yang dikongsi Daniel di akaun Instagramnya, Ariana dan Cynthia jelas menunjukkan keterujaan dan kekaguman mereka terhadap hasil seni kuku yang unik itu.
BACA LAGI: Celup plastik dalam minyak, cikgu latihan pengendali makanan dedah 'dark side' peniaga tempatan
BACA LAGI: [VIDEO] Karya pernah dianggap lukisan 'conteng-conteng', Mulaika enggan peduli komen skeptikal
Menariknya, rekaan kuku tersebut hadir dalam tiga dimensi (3D) dengan dua panjang berbeza serta konsep tersendiri bagi setiap set.
Set kuku panjang menampilkan rekaan bertemakan filem Wicked, diolah dengan gaya bold dan grunge, manakala set kuku pendek hadir dalam rona merah jambu lembut, memberikan sentuhan feminin yang manis.
Selain itu, elemen identiti Malaysia turut disertakan dalam rekaan termasuk bunga kebangsaan, bunga raya serta durian yang dikenali sebagai raja segala buah, menjadikan karya tersebut lebih istimewa.
Ketika Ariana bertanya kepada Daniel tentang individu di sebalik ciptaan itu, beliau mendedahkan bahawa kuku-kuku tersebut adalah hasil tangan bakat tempatan, Mochibyhani.
"Terima kasih, Mochibyhani. Kami sayang awak," ujar Ariana dengan penuh mesra.
Sementara itu, Cynthia turut berkongsi keterujaannya dan menyatakan hasrat untuk memakai set kuku tersebut.
"Kuku ini akan saya pakai, saya memang perlukan ia," kata Cynthia sebelum mengakhiri perbualan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
