[VIDEO] Daripada rona pastel ke hitam klasik, gaya 'maternity' Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah jadi tumpuan


  • Gaya
  • Rabu, 17 Dis 2025

Gaya fesyen semasa hamil yang ditampilkan oleh YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah terus mencuri perhatian ramai.

GAYA fesyen semasa hamil yang ditampilkan oleh Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah terus mencuri perhatian ramai, termasuk pemerhati fesyen antarabangsa. 

Terbaharu, akaun Instagram Arabian Royal Agensi memuat naik satu hantaran khas memaparkan enam penampilan berbeza Anisha sepanjang tempoh kehamilannya, sekali gus mengangkatnya sebagai antara ikon fesyen diraja paling diperhatikan ketika ini.

Hantaran berkenaan memperincikan pilihan busan Anisha daripada jenama mewah terkenal dunia. 

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

BACA LAGI: Bait-bait kata ringkas penuh makna, Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah bakal timang cahaya mata

Dalam gambar pertama, Anisha tampil memukau dengan rekaan Araki, diikuti busana Legoe Heritage pada penampilan kedua yang menyerlahkan sentuhan klasik dan minimal. 

Gaya ketiga pula memperlihatkan rekaan Taller Marmo yang moden, manakala Carolina Herrera pada penampilan keempat mengangkat imej elegan bertaraf antarabangsa. 

Dua penampilan terakhir menampilkan sentuhan Timur Tengah menerusi rekaan Shatha Essa dan Semsem, melengkapkan keseluruhan perjalanan fesyen maternity yang pelbagai tetapi konsisten dari segi keanggunan

Menurut Arabian Royal Agensi, sejak Pengiran Muda Abdul Mateen dan Puteri Anisha mengumumkan kehamilan mereka di Instagram, perhatian umum bukan sahaja tertumpu kepada berita gembira itu, malah turut terarah kepada pilihan fesyen maternity sang puteri.

Tambahnya, kepelbagaian warna dan gaya yang dipilih menjadikan setiap penampilan Anisha tampil unik dan berkarakter.

“Daripada rona pastel lembut hingga ke busana serba hitam yang menonjol, Anisha langsung tidak memberi sebarang petunjuk mengenai jantina bayi yang dinantikan,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan bait-bait dalam bahasa Arab yang memuji kehalusan cita rasa Anisha dalam berfesyen sepanjang kehamilan. 

Arabian Royal Agensi melihat Anisha cenderung memilih gaun labuh dengan warna tenang seperti biru lembut dan merah jambu pucat, di samping hitam klasik yang melambangkan keanggunan abadi.

“Penampilan ini membuktikan bahawa kemewahan sebenar terletak pada kesederhanaan yang disempurnakan serta perincian yang halus dan berkelas,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram