
DULI Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira bahawa beliau dan isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah bakal menimang cahaya mata sulung.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan foto hitam putih penuh klasik.
Dalam gambar tampak romantis tersebut Anisha Rosnah dilihat memegang perutnya yang menunjukkan sedang hamil.
“Dan kemudian, kami sudah bertiga," tulis Putera Mateen.
BACA LAGI: Nenek sempoi 'join' anak main 'skateboard', tak kekok pamer gaya bebas
Ungkapan itu sekali gus mengesahkan teka-teki warga maya yang sebelum ini tertanya-tanya mengenai kehamilan Anisha Rosnah.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut dipenuhi ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti antarabangsa.
“Berita yang menakjubkan! Tahniah anda berdua,” kata Mudzrafaea.
“Tahniah anda berdua,” kata Pelakon Hollywood berdarah Malaysia, Henry Golding.
"Tahniah yang sebesar-besarnya," kata Sonya Kat Singha.
Untuk rekod, pasangan diraja Brunei itu selamat diijabkabulkan dalam istiadat diraja penuh adat pada 11 Januari 2024 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Perkahwinan megah berlangsung selama 10 hari itu turut dihadiri tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara menjadi antara majlis diraja paling mendapat perhatian dunia tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram