MENJADI ibu sepenuh masa memerlukan pengorbanan yang tiada tandingan.
Dari bangun malam untuk menjawab tangisan bayi hingga memastikan setiap keperluan anak dipenuhi, kerja seorang ibu tidak mengenal waktu tamat.
Sering kali, keletihan dan dedikasi mereka tidak kelihatan, namun kasih sayang yang ditabur muncul berulang kali, walaupun tiada siapa yang memerhatikan.
BACA LAGI: Rumah sewa sederet, ada ladang tapi tak pernah berkira, cucu kagum kebaikan arwah nenek tiri
Baru-baru ini, seorang suami berkongsi kegembiraannya menerusi akaun Threads melihat isterinya mendapat peluang berehat dan mengembara seorang diri ke Jepun selepas anak sulung mereka menyambut ulang tahun kelahiran pertama.
"Melihat isteri saya melancong sendirian di Jepun selepas setahun penuh kasih tanpa mementingkan diri sendiri, memberi susu dan berada di sisi bayi kami setiap saat, hati saya dipenuhi kegembiraan," kata @martindominic dalam hantaran yang dibuat pada Selasa.
Beliau berkata, selepas setahun bergelut dengan rutin harian keibuan, isterinya akhirnya mendapat peluang untuk menemu kembali wanita yang pernah menjadi dirinya sebelum tanggungjawab sebagai ibu mengambil tempat utama dalam hidupnya.
"Jika saya boleh memberinya apa-apa, ia adalah detik kecil ini untuk dia menemui kembali dirinya dengan keyakinan bahawa dia akan pulang lebih kuat, lebih bahagia dan lebih disayangi," tambahnya.
Suami itu turut menekankan bahawa sebagai pasangan lelaki, mereka sering merasakan diri bekerja keras, namun jarang melihat kerja sepenuh masa yang dilakukan oleh isteri setiap hari.
“Ketika si suami sedang tidur, mereka (isteri) bangun di waktu malam yang sunyi, menjawab setiap tangisan, memenuhi setiap keperluan.
"Kerja mereka tiada waktu tamat, hanya kasih sayang yang muncul berulang kali walaupun tiada siapa yang melihat," ujarnya.
Hantaran itu disertakan dengan sekeping tangkap layar hantaran isterinya yang berkongsi momen percutian tersebut di akaun mliknya
“Menemui semula dan meraikan wanita di sebalik peranan ibu. Terima kasih sayang kerana membenarkan saya mengambil masa ini dan menjaga Chloe serta urusan kami ketika saya tiada.
"Terima kasih Tuhan atas peluang perjalanan ini dan mengingatkan saya bahawa saya masih diri saya sendiri," tulis isterinya pada hantaran itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
