BAGI wanita Perancis, skaf atau scarves bukan sekadar aksesori, ia sebahagian daripada identiti kebangsaan, sama pentingnya seperti baguette atau ikon budaya lain.
Dari Brigitte Bardot yang mengikat skaf di rambut, Brigitte Macron di leher hingga Marion Cotillard, skaf menjadi simbol gaya yang elegan.
Christine Lagarde, Presiden European Central Bank, juga menjadikan skaf sebagai tanda peribadi.
BACA LAGI: [VIDEO] Anak-anak cukur rambut Elyana, semakin menipis kesan kemoterapi
BACA LAGI: 'Tak salah jadi suri rumah lepas kahwin, yang salah kalau anda asal keturunan asnaf'
Di jalanan Paris, mudah untuk melihat wanita memakai skaf dengan pelbagai gaya, sama ada di leher, di beg tangan mahupun di rambut.
Namun, mengikat skaf supaya tampak santai dan semula jadi ternyata lebih sukar daripada yang disangka, terutama bagi mereka yang tidak membesar dengan budaya itu.
"Anda kena lahir di Perancis untuk benar-benar menguasai seni memakai skaf.
"Tiada siapa boleh pakai sebaik mereka kerana aksesori ini sangat sebati dalam budaya mereka," kata penulis dan penyumbang New York Times yang telah lama menetap di Paris, Dana Thomas.
Bekas editor fesyen Vogue dan Elle yang pernah menggayakan iklan awal skaf Hermes, Carlyne Cerf De Dudzeele berkongsi cara ringkasnya, iaitu hanya "tch tch tch" sambil memusing tangan dan mengikat di leher.
Beliau suka memakai skaf sebagai headband, diikat sedikit ke tepi kepala atau di ponytail dengan hujung dibiarkan menjuntai.
Pelukis dan anak Dana ThomasLucie D’Halluin, 25, memiliki kira-kira 40 skaf berbeza saiz, dari besar seperti selimut hingga kecil berbentuk segi empat yang boleh dipakai di rambut atau leher seperti choker.
Namun, beliau mengakui susah untuk menerangkan cara mengikatnya.
"Anda cuma tahu cara melakukannya. Bermula dari kecil, meniru nenek atau makcik.
"Memakai skaf macam memakai stoking, sebati dalam ‘vocabulary’ wardrobe anda," katanya.
D’Halluin memberi beberapa tip praktikal, terutamanya tentang apa yang patut dielakkan.
- Jangan lilit leher lebih dari sekali kecuali cuaca sangat sejuk.Jika tidak, ia akan kelihatan seperti bantal dalam kapal terbang.
- Ikat di depan atau sisi leher. Elakkan ikatan di belakang untuk hasil yang lebih kemas dan semula jadi.
- Gaya choker iaitu lipat skaf, kemudian ‘fluff’ dan putar. Langkah ‘fluff’ penting supaya skaf tidak kelihatan kaku atau terlalu formal.
Fakta ini menjelaskan mengapa terdapat banyak buku, video, dan posting TikTok tentang cara mengikat skaf, termasuk koleksi Hermes yang memberikan panduan lengkap.
Bagi wanita Perancis, skaf lebih daripada aksesori, ia seni, budaya dan gaya yang diwarisi turun-temurun.—Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
