Kerap 'double date', Aliyah Balqis tak sangka teman baiknya, Julia Prastini sanggup rampas kekasih sendiri


  • Cinta
  • Ahad, 14 Dis 2025

Aliyah Balqis mendakwa teman lelakinya, Yusman memiliki hubungan sulit bersama kawan baiknya, Julia Prastini.

NAMA Julia Prastini kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan kekasih sahabatnya sendiri, pempengaruh Malaysia, Aliyah Balqis atau lebih dikenali sebagai Aya. 

Isu berkenaan mencetuskan perdebatan hangat apabila melibatkan kepercayaan, persahabatan dan pengkhianatan dalam hubungan cinta.

Pendedahan itu dibuat Aya menerusi satu hantaran di akaun TikTok peribadinya, @ayiyaaaaaaaa pada Sabtu. 

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

BACA LAGI: 'Childhood' trauma boleh merosakkan hubungan, Ustazah Nazirah kongsi cara rawat jiwa

Dalam nada sebak, Aya mengakui dia sebenarnya sudah lama menaruh rasa curiga terhadap hubungan rapat antara Julia dan kekasihnya, Yusman Kusuma, namun memilih untuk berdiam diri kerana tiada bukti kukuh.

“Selama ini Aya diam sebab tak ada bukti. Tapi ALLAH yang tunjukkan. ALLAH itu adil sama kita. Kalau kita baik, ALLAH pun baik sama kita,” luahnya.

Kecurigaan Aya akhirnya terjawab apabila dia menemui satu kontak bernama Zakie di dalam telefon Yusman yang sering dihubungi kekasihnya itu. 

Menurut Aya, dia mengambil tangkapan layar nombor berkenaan sebelum membandingkannya dengan senarai kenalannya sendiri. 

Yang mengejutkan, nombor Zakie itu didakwa sepadan dengan nombor milik Julia, sahabat baik yang selama ini dipercayainya.

Apa yang lebih menyayat hati, Aya mengakui hubungannya dengan Julia sangat rapat. 

Mereka sering berkongsi cerita, meluah perasaan dan saling memberi sokongan, tanpa menyangka orang yang paling dipercayai itulah yang didakwa merampas kebahagiaannya.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Aku anggap kau kawan baik. Cukuplah rumah tangga kau saja yang hancur. Kenapa kau rampas kebahagiaan aku?” katanya sambil menangis.

Dalam siaran langsung, adik Aya turut mendedahkan bahawa perkara itu mula disedari apabila Yuka didakwa oncall bersama Zakie ketika keluar bersama Aya dan adiknya. 

Ketika itulah timbul persoalan siapa sebenarnya individu di sebalik nama tersebut.

Nama ‘Zakie’ yang disangka lelaki, akhirnya didakwa merujuk kepada Julia Prastini sendiri.

Difahamkan, sebelum ini, Julia dan Aya kerap double date bersama Yusman Kusuma dan Na Daehoon.

Untuk rekod, pada 3 Disember lalu, pempengaruh, Na Daehoon dan Julia Prastini secara rasminya bercerai. 

Seperti yang dilaporkan, peguam Na Daehoon, Rio Effendi berkata, keputusan perceraian itu telah dimuktamadkan pada 3 Disember 2025 di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram