'Childhood' trauma boleh merosakkan hubungan, Ustazah Nazirah kongsi cara rawat jiwa


  • Cinta
  • Rabu, 10 Dis 2025

Ramai individu membawa luka zaman kanak-kanak hingga menjejaskan emosi dan hubungan mereka ketika dewasa. — Gambar hiasan

RAMAI pasangan yang bergelut dalam rumah tangga tidak sedar bahawa punca kepada rasa cepat marah, sukar mempercayai pasangan atau rasa kosong dalam hubungan sering bermula jauh lebih awal iaitu trauma zaman kanak-kanak (childhood trauma).

Luka daripada cara layanan ibu bapa dahulu kadang-kadang terbawa hingga dewasa, sehingga ada yang menyimpan rasa benci, kecewa, malah jauh hati dengan ibu bapa sendiri.

Isu ini turut menjadi perhatian apabila pegawai Hal Ehwal Islam, Ustazah Nazirah Abu Bakar menjawab persoalan sama ada seorang anak dibenarkan membenci ibu bapa selepas mengalami childhood trauma. 

BACA LAGI: Fadhlina Sidek kagum kepetahan pendebat dari SK Felda Purun, muncul juara pertandingan bahas bahasa Melayu

BACA LAGI: Homestay 25 minit dari Oxford ini milik wanita Malaysia, graduan PhD Oxford kini empunya dua kediaman di UK

Islam mengajar anak untuk terus berbuat baik kepada ibu bapa, sambil menjaga kesejahteraan emosi sendiri. — Gambar hiasan

Dalam pengalaman beliau mengendalikan program pemulihan akhlak dan rundingan keluarga, tidak sedikit anak yang merasa ibu bapa mereka gagal menjalankan tanggungjawab, malah ada yang melihat ibu bapa sebagai pihak yang derhaka.

Menurut Ustazah Nazirah, Islam tidak menafikan bahawa ibu bapa boleh melakukan kesilapan.

“Siapa kata anak saja boleh derhaka? Ibu bapa pun ada yang melukakan. Dalam Islam, ibu bapa bukan sentiasa betul,” ujar beliau. 

Beliau mencontohkan kisah Nabi Ibrahim AS yang tetap bertanya pendapat anaknya, Ismail sebelum melaksanakan sesuatu. 

“Ini smart parenting. Walaupun ayah ada kuasa veto, baginda tetap menghormati jiwa anak," katanya. 

Namun dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa al-Quran tetap memerintahkan anak untuk berbuat baik kepada ibu bapa, tanpa bergantung kepada sejauh mana baik atau buruknya layanan mereka

"Ingat hadis Nabi, jika seseorang mengendong ibunya, menunaikan haji, kemudian pulang semula, sekalipun begitu ia tidak mampu membalas walau satu hela nafas yang ibu keluarkan untuk melahirkan anak," katanya. 

Nazirah berkata, anak dibenarkan mengambil jarak atau ruang untuk menjaga diri, tetapi bukan memutuskan hubungan.

“Hidup ini pendek. Kalau ibu bapa pergi dulu, biarlah kita puas hati kerana kita sudah berkhidmat. Jika kita yang mati dulu, sekurangnya kita telah memberi yang terbaik," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram