RAMAI yang menyebut membeli-belah sebagai Retail Therapy, tetapi bagi sesetengah orang, ia boleh berakhir dengan keperluan untuk terapi sebenar.
Musim jualan bukan sahaja 'mengorek' dompet, malah memberi tekanan kepada kesihatan mental.
Ramai yang mencari bantuan terapi selepas membeli secara berlebihan semasa promosi seperti Black Friday.
BACA LAGI: 'Kawan sekerja, kawan sebantal', Sweet dan suami julang trofi ABPBH, mahu terus berkarya kualiti
BACA LAGI: 'Tahniah anakku', wanita sebak bapa tinggal nota pada tesis Sarjana lepas setahun tak menulis

Kehilangan kawalan terhadap dorongan membeli sering menjadi cara menyembunyikan tekanan emosi.
Tekanan masa, countdown dan pemasaran berasaskan FOMO hanya memburukkan keadaan.
Contoh klasik ialah watak Rebecca dalam filem Confessions of a Shopaholic.
Dia menyembunyikan bil, menanggung hutang kad kredit dan hilang kerja serta teman lelaki akibat tabiat membeli berlebihan.
Selepas menyertai kumpulan sokongan dan menjual barangan mewahnya, dia belajar mengurus kewangan dengan lebih bertanggungjawab.
Di era digital, membeli-belah menjadi sangat mudah tanpa perlu pergi ke pasar.
Dengan tekanan meningkat dan iklan media sosial yang disasarkan, membeli-belah mudah menjadi mekanisme mengatasi masalah dengan sempadan yang semakin kabur.
Pakar psikologi India menegaskan, membeli berlebihan biasanya berkaitan emosi, bukan disiplin.
Menurut Dr Chandni Tugnait, orang membeli ketika merasa kesepian, tertekan atau tidak cukup baik.
"Pembelian memberi rasa lega sementara melalui dopamin, tetapi diikuti rasa bersalah, cemas dan kesedaran bahawa kepuasan itu sementara dan mahal kosnya," katanya.
Bagi Mishtha Sahni, 26, bekerja waktu malam membuatkan dia membeli secara berlebihan kerana bosan dan kesepian.
Kesedaran datang selepas terpaksa meminjam dari kakaknya dan berjumpa ahli terapi kerana cemas.
Bagi ramai orang lain, faktor termasuk perbandingan sosial, stres, kurang hobi, kesedihan atau pendedahan kepada pencetus tertentu.
Sejarah kolonial India juga menekankan nilai menyimpan yang digunakan oleh jenama besar untuk memasarkan pembelian sebagai penjimatan.
Selain tu, pakar menekankan lelaki dan wanita mempunyai motivasi berbeza.
Wanita sering merasa bersalah kerana membelanjakan wang, jadi semasa jualan mereka membeli lebih untuk merasai pilihan dan kawalan.
Lelaki pula melihat pembelian sebagai simbol kejayaan atau status, dibantu kemudahan kredit atau pinjaman segera menyebabkan hutang tersembunyi dan tekanan kewangan.
Anda mungkin memerlukan perhatian apabila rasa bersalah mengikuti dopamin rush sementara atau mula menyembunyikan bil dan berbohong tentang perbelanjaan.
Terapi membantu memutus kitaran ini dengan mendedahkan pencetus emosi sebenar di sebalik tabiat membeli.
Dr Tugnait menjelaskan, sesi terapi membantu individu membezakan antara membeli produk dan membeli emosi serta belajar cara menenangkan diri tanpa membeli.
Terapi juga membina semula kawalan emosi dan hubungan sihat dengan wang.
Di samping terapi, rundingan dengan penasihat kewangan atau ahli terapi kewangan serta menyertai kumpulan sokongan boleh membantu.
Langkah praktikal termasuk membuang maklumat kad kredit daripada aplikasi membeli-belah, mengehadkan pelayaran dalam talian atau mengambil rehat membeli-belah secara sengaja untuk kurangkan pembelian impulsif.
Retail Therapy memberi kepuasan sementara, tetapi terapi sebenar membantu memecahkan kitaran dan memberi kelegaan yang sebenar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
