Membesar di kawasan setinggan, Maleesha Kharwa terus ukir nama di pentas fesyen, perkenal rantai hasil rekaan sendiri


  • Gaya
  • Jumaat, 12 Dis 2025

Maleesha Kharwa yang membesar di kawasan setinggan tampil anggun dengan rantai Infinity Heart, aksesori pertama hasil sentuhan kreatifnya. — Instagram/@maleeshakharwa

SIAPA sangka seorang model remaja yang pernah membesar di kawasan setinggan kini melakar kejayaan dalam dunia reka bentuk barang perhiasan sendiri.

Maleesha Kharwa, 17, yang lebih dikenali sebagai Princess of the Slum pernah tinggal di kawasan Dharavi di Mumbai, India iaitu antara kawasan setinggan terbesar di dunia. 

Maleesha mula menarik perhatian dunia apabila bertemu secara tidak disangka dengan pelakon Hollywood, Robert Hoffman ketika beliau masih kecil.

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

BACA LAGI: Bakat seni dipinggirkan, remaja miliki 700 trofi lukisan gagal diterima bersekolah

Perjumpaan itu membawa kepada pembukaan akaun Instagramnya dan usaha pengumpulan dana melalui GoFundMe bagi menyokong cita-citanya dalam dunia peragaan.

Sejak itu, Maleesha muncul sebagai wajah beberapa kempen fesyen, termasuk menjadi duta jenama produk penjagaan kulit, Forest Essentials untuk koleksi The Yuvati Collection. 

Mengambil peluang kejayaan itu sebagai batu loncatan, Maleesha kini melebarkan sayapnya ke dunia reka bentuk barang kemas.

Terbaharu, beliau memperkenalkan sebuah produk aksesori istimewa yang dinamakan The Infinity Heart Necklace.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis, memaparkan beliau bergaya dalam gaun putih sambil mengenakan rantai berkenaan.

Rantai itu diperbuat daripada logam berwarna perak (silver-toned metal), menampilkan reka bentuk halus dan ringkas yang menonjolkan loket utama berbentuk hati.

Loket Infinity Heart itu mempunyai corak berongga dengan motif simpul yang saling berselirat di tengahnya.

Reka bentuk itu melambangkan cinta abadi dan ikatan kasih sayang yang tiada akhirnya, sesuai dijadikan simbol hubungan yang kuat dan bermakna. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram