Tanah berhampiran Rembayung dijual RM1.9 juta, ramai cadang Khairul Aming beli untuk buat parkir


  • Hias
  • Jumaat, 12 Dis 2025

Pemilik tanah berdekatan restoran Rembayung mengambil peluang untuk menjual lot mereka memandangkan restoran milik Khairul Aming itu bakal dibuka pada Januari 2026.

BELUM pun restoran pertama Khairul Aming, Rembayung dibuka secara rasmi pada Januari 2026, sudah ada pemilik tanah berdekatan mengambil peluang untuk menjual lot mereka untuk dibangunkan.

Di laman web jual beli Mudah.my, dilihat terdapat sebuah iklan memaparkan tanah seluas 4,865 kaki persegi di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang terletak tepat di belakang restoran berkenaan.

Pemiliknya menjelaskan bahawa tanah berstatus Freehold Malay Reserved itu dijual pada harga RM1,900,000. 

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

BACA LAGI: 'Childhood' trauma boleh merosakkan hubungan, Ustazah Nazirah kongsi cara rawat jiwa

Dalam deskripsi iklan tersebut, pemilik turut menyenaraikan potensi pembangunan tempat itu untuk dijadikan pusat komersial, parkir berbayar atau rumah sewa.

Isu berkenaan menjadi tular selepas sebuah akaun di laman Threads berkongsi semula maklumat itu. 

“Pemilik tanah dengar sahaja Rembayung nak buka, terus naik iklan nak jual tanah dia. Cun-cun belakang Rembayung," katanya. 

Akaun itu turut mencadangkan pemilik baharu membuka kawasan parkir tanpa perlu bersusah payah membuat pembangunan besar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna mencadangkan pemilik restoran, Khairul Aming sendiri membeli tanah itu sebagai tambahan kemudahan kepada pelanggan.

“KA beli sahaja tanah tu, buat parkir lot," kata Marsitah Aziz. 

“If 1.9 juta, lebih baik Khairul Aming je beli untuk parking kedai dia dan caj RM10 per entry… baru yang VVIP je datang parking," kata Paeh. 

Sementara itu, Siti Fatimah membuat kiraan mudah mengenai potensi pendapatan. 

“Kalau dalam restoran muat 250 pax, katalah 50 biji kereta. Ambik RM5 per entry pun boleh dapat RM250. Sehari mungkin RM1,000. Sebulan boleh dapat RM25K," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram