Miss Thailand 2023 galas tugas istimewa, bangga bawa papan tanda Malaysia di Sukan SEA 2025


  • Sukses
  • Khamis, 11 Dis 2025

Chonnikarn Suppitayaporn membawa papan tanda Malaysia dengan penuh anggun di Sukan SEA Thailand 2025. — Instagram/@kn_chony

MISS Thailand 2023, Chonnikarn Suppitayaporn menerima penghormatan istimewa untuk membawa papan tanda Malaysia pada majlis pembukaan Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini.

Dengan penampilan anggun dalam busana tradisional Thailand, Chut Thai Boromphiman, beliau menyuntik keindahan budaya serantau ke dalam acara sukan bertaraf besar itu.

Menerusi hantaran di Instagram pada Rabu, Chonnikarn berkongsi rasa bangga kerana berpeluang mewakili papan tanda Malaysia.

BACA LAGI: ‘Kadang rasa nak berhenti berlakon’, Fasha Sandha sebak anak bongsu menangis tak lepas pelukan, enggan ditinggal

BACA LAGI: Gara-gara jadikan 'baby seat', kanak-kanak 3 tahun tersangkut tong gas, angkut hingga ke balai bomba

"Momen sekali seumur hidup. Terima kasih banyak, Malaysia, Saya sangat gembira dan bangga kerana dapat membawa papan nama negara anda. Saya sayang kamu," ujarnya.

Tambahnya, beliau berasa amat terhormat kerana diberi peluang mewakili papan tanda Malaysia pada majlis pembukaan Sukan SEA ke-33.

"Saya benar-benar berasa terhormat mewakili papan tanda Malaysia pada majlis pembukaan Sukan SEA ke-33.

"Anda semua hebat dan saya dengan mesra menyambut semua atlet berbakat yang datang ke Thailand," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pereka P’Games Sakulchan yang menghasilkan Chut Thai Boromphiman dengan sentuhan warisan budaya utara Thailand.

Foto yang dimuatnaik memaparkan beliau kelihatan menawan sambil memegang plakad bertulis 'MALAYSIA'.

Gaun berwarna putih keemasan yang dipakainya menampilkan baju lengan panjang dengan sulaman benang emas, selendang emas disampirkan dari bahu kiri ke pinggang kanan serta kain sarung yang sepadan dengan corak songket halus.

Penampilan itu lengkap dengan perhiasan emas termasuk kalung, gelang, subang dan hiasan kepala, manakala kasut bertumit tinggi berwarna perak keemasan menambah sentuhan sofistikated.

Untuk rekod, Sukan SEA ke-33 membuka tirai pada 9 Disember lalu dan akan berakhir 20 Disember di Bangkok dan Chonburi dengan ribuan atlet dari 11 negara Asia Tenggara bersaing dalam pelbagai acara seperti bola sepak, lawan pedang, papan selaju, pelayaran serta sukan tempur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram