Ibu trauma detik anak tunggal 'ditidurkan' akibat mycroplasma pneumonia, dapat pula khabar si 'adik' 4 minggu dalam rahim


  • Bonda
  • Rabu, 10 Dis 2025

Situasi genting dihadapi seorang ibu apabila melihat anaknya terlantar sakit di hospital. — Gambar hiasan/AI

SITUASI anak kecil ketika menghidap penyakit serius sememangnya memberi pengalaman pahit buat semua golongan ibu bapa.

Sama seperti kisah dikongsikan seorang wanita menerusi akaun Threads @ima_shafiee89 apabila mengenang detik genting sewaktu anaknya disahkan menghidap mycoplasma pneumonia.

Ia merupakan sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan keradangan kantung udara di dalam paru-paru.

BACA LAGI: Ibu asyik nikmati bakso, anak 4 tahun ditinggal main sendirian maut terperangkap dalam istana belon

BACA LAGI: 'Sabar cikgu, tengah buat ini, tak nampak?', ibu terkejut dengar anak jawab guru macam kawan

 

 

 

Lebih memilukan apabila terpaksa menerima keputusan pakar untuk 'menidurkan' anaknya bagi membolehkan prosedur perubatan dijalankan.

"Tititk paling rendah seorang ibu bila hantar satu-satunya anak yang kita ada untuk ditidurkan.

"Tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Healthcare, 12 hari ICU Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

"Hati seorang ibu merintih, merayu, Alhamdulillah ALLAH masih bagi peluang jaga amanah ini.

"Waktu si kakak ditidurkan hari kelima dapat tahu ada si adik yang dah empat minggu dalam rahim ibu, tetapi sampai sekarang ibu masih trauma," kongsinya.

Katanya, meskipun kejadian itu sudah tiga tahun berlalu, namun ketakutannya masih berbekas di dalam diri sehingga kini.

Si ibu turut mengakui mudah cemas setiap kali melihat anaknya mempunyai simptom seperti demam dan batuk.

"Selepas doktor cakap nak tidurkan anak, saya terus masuk ajar dia mengucap dan janji nak bangun semula.

"Malam itu rasa sangat panjang dan sebelum Subuh, saya solat taubat mungkin ada banyak salah.

"Sekarang, walaupun dah sihat, parut di paru-parunya masih ada dan sangat berisiko," jelasnya.

Situasi itu jelas memberi peringatan buat semua ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan segera apabila melihat kesihatan anak merosot. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram