Alia Bhatt tampil elegan sewaktu festival filem di Jeddah, gayakan gaun klasik Balmain dari 1955


  • Gaya
  • Khamis, 11 Dis 2025

Alia Bhatt tampil memukau di Red Sea International Film Festival dengan gaun Balmain berinspirasikan gaya vintaj. — Instagram/@aliaabhatt

BINTANG Bollywood, Alia Bhatt mencuri perhatian pada hari ketujuh Red Sea International Film Festival di Jeddah, bukan sahaja melalui perkongsiannya mengenai perjalanan kerjaya dan usikan tentang filem perisik terbaharu berjudul Alpha, tetapi juga menerusi penampilan yang mengingatkan kepada era keemasan Hollywood.

Sambil peminat berbicara tentang kenyataannya, gaun yang digayakan aktres itu turut mencipta momen tersendiri.

Alia tampil mempesona dalam gaun hitam berpotongan klasik yang memberi bayangan gaya Audrey Hepburn, namun tetap segar dan moden.

BACA LAGI: Berdasarkan barisan produk kecantikan terhangat di Korea, ini 5 trend bakal kuasai pasaran global 2026

BACA LAGI: Anggap Sarawak rumah, Tunku Azizah imbau momen terima keringkam sebagai hantaran kahwin pada 1986

Ia juga menjadi sebuah penghormatan kepada glamor lama yang disesuaikan dengan citarasa 2025.

Menerusi satu hantarannya di Instagram, buat ayat penyata.

Menerusi satu hantarannya di Instagram, Alia berkongsi beberapa foto dari Jeddah bersama kapsyen ringkas.

"Sehari di Jeddah, meraikan keindahan dunia perfileman," katanya.

Pada acara itu, Alia mengenakan gaun couture Balmain 1955, dilengkapi rantai rekaan Sanjay Gupta serta anting-anting daripada Anmol Jewellers.

Sentuhan penggayaan oleh Rhea Kapoor dan Shereen menjadikan keseluruhan penampilan lebih sempurna.

Gaun tersebut menonjolkan rekaan dramatik dengan bahagian atas yang berstruktur, membaluti tubuh Alia secara anggun.

Perincian renda halus yang merentasi bahagian atas menambah sentuhan lembut, disertai potongan leher scoop yang sederhana.

Bahagian skirt pula tampil dalam rekaan midi yang mengembang dengan lapisan tulle putih yang sedikit terlihat di bahagian bawah skirt untuk menambah pergerakan, kontras dan sentuhan couture pada keseluruhan penampilan.

Pemilihan aksesori turut dilihat seimbang.

Choker berlian yang ringkas serta subang berlian kecil melengkapkan tema Hollywood klasik, sementara kasut pointed ballerina memberi sentuhan quiet luxury yang kontemporari.

Cermin mata hitam gaya retro pula menambah elemen cool-girl yang sinonim dengan gaya Rhea Kapoor.

Alia mengekalkan solekan lembut dengan mata yang bersih, kulit tampak glass-skin serta bibir dalam rona semula jadi supaya gaun kekal menjadi perhatian.

Rambutnya yang dibiar terurai dengan belahan sisi menambah sentuhan romantis kepada siluet yang tajam dan tersusun itu.

Dalam ruangan kapsyen hantara tersebut, peminat membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pujian.

Rata-ratanya memuji kecantikan dan keanggunan Alia.

Ramai menyifatkannya seperti anak patung, terlalu cantik untuk digambarkan, malah ada yang mengangkat penampilan itu sebagai antara terbaik pernah dibawanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram