Fadhlina Sidek kagum kepetahan pendebat dari SK Felda Purun, muncul juara pertandingan bahas bahasa Melayu


  • Sukses
  • Ahad, 07 Dis 2025

Fadhlina Sidek bersama anak-anak pendebat dari SK Felda Purun, Bera yang muncul juara dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu.

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan rasa kagum terhadap kepetahan anak-anak pendebat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Purun, Bera, Pahang, yang baru-baru ini muncul juara dalam pertandingan bahas bahasa Melayu.

Dalam hantaran di Facebook, Fadhlina berkongsi beberapa gambar bersama lima pendebat perempuan sekolah itu.

“Melihat masa hadapan dengan suara dan lensa anak-anak. Kepetahan bicara anak-anak pendebat dari SK Felda Purun sangat mengagumkan saya. Macam bertih goreng apabila masing-masing bercakap dan memberikan pandangan," katanya. 

BACA LAGI: Tak sempat rakam foto perkahwinan, pasangan legenda Hong Kong abadikan momen berbusana tradisi Bhutan selepas 16 tahun penantian

BACA LAGI: Dihalau dari kafe kerana anak autistik buat bunyi batuk, Che Nom kongsi pengalaman bercuti di Switzerland

Anak-anak pendebat dari Sekolah Kebangsaan Felda Purun, Bera yang baru-baru ini muncul juara dalam pertandingan bahas bahasa Melayu.

Fadhlina turut menegaskan pencapaian ini selaras dengan lonjakan luar biasa yang dicapai Pahang dalam bidang pendidikan dua tahun kebelakangan ini, termasuk pengurusan bakat generasi Madani yang semakin menonjol. 

“Tahniah buat anak-anak SK Felda Purun dan guru-guru pembimbing yang telah berjaya mengharumkan nama Pahang,” tambah beliau.

Ayah salah seorang pendebat, Nazrol Al-Puruni turut mengucapkan penghargaan kepada Fadhlina.

“Sebagai ayah kepada salah seorang bertih goreng tersebut, saya ingin mengucapkan terima kasih kepgada YBM Pendidikan Puan Fadhlina Sidek kerana telah memberikan kata-kata nasihat, semangat dan pengalaman yang cukup berharga kepada anak-anak kami,” katanya.

Sementara itu, Salfizanor Sabri memuji prestasi anak-anak pendebat tersebut, menyifatkan mereka sebagai individu hebat.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama SK Felda Purun, malah menjadi simbol kebangkitan bakat muda Pahang dalam bidang pendidikan dan debat berbahasa Melayu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram