Kartun comel, tetapi ada terselit adegan maksiat? Ustaz Elyas Ismail gesa ibu bapa pantau tontonan anak


  • Bonda
  • Selasa, 09 Dis 2025

Kartun, Doffy the Dog kini menimbulkan kebimbangan ibu bapa apabila memaparkan perbuatan yang didakwa menormalisasi maksiat di rumah tangga. 

ADEGAN dalam kartun, Doffy the Dog kini menimbulkan kebimbangan ibu bapa apabila memaparkan perbuatan yang didakwa menormalisasi maksiat di rumah tangga. 

Dalam hantaran di Facebook, pendakwah bebas, Elyas Ismail berkongsi rakaman video reaksi beliau terkejut ketika menonton babak berkenaan.

Dalam babak itu, si ibu membawa lelaki lain masuk ke dalam bilik ketika si bapa tiada, sementara anak diperintahkan untuk tidak mendedahkan perkara itu. 

BACA LAGI: Fadhlina Sidek kagum kepetahan pendebat dari SK Felda Purun, muncul juara pertandingan bahas bahasa Melayu

BACA LAGI: Homestay 25 minit dari Oxford ini milik wanita Malaysia, graduan PhD Oxford kini empunya dua kediaman di UK

Adegan disampaikan dengan muzik dan gaya comel, seolah-olah menjadikan perbuatan itu sesuatu yang biasa dan menyeronokkan.

“Mak ayah di luar sana, terkejut saya tengok satu kartun ni. Naik atas bilik, buat apa kat atas tu? Si anak pula tak boleh kata apa-apa. Ayahnya balik, lelaki tu keluar?,” kata Elyas.

Beliau menegaskan, kandungan sebegini berpotensi memberi kesan negatif kepada minda anak-anak. 

“Seolah-olah menormalisasikan maksiat sejak kecil. Lagu-lagu menarik dan adegan yang comel boleh membuatkan anak menganggap perkara itu biasa, seterusnya merosakkan institusi keluarga,” tambahnya.

Elyas menyeru ibu bapa supaya sentiasa memantau dan menegur anak-anak tentang kandungan yang ditonton.

“Allahu Akbar… Mak Ayah, apa yang anak-anak kita tonton siang malam? Pantau, tengok, tegur, cegah!” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya berkongsi kebimbangan. 

“Dahsyat… nampak menarik, memikat kanak-kanak. Pra-perkara maksiat diperkenalkan sejak kecil. Perlu banteras awal.” kata Ester Lily

“Allahu Akbar… kartun yang merosakkan aqidah. Semoga ALLAH jauhkan kita daripada perbuatan mungkar," kata Jue Danisha. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram