KISAH perkenalan primadona Malaysia, Erra Fazira, 51, dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau mesra disapa Mr. E, 44, bukan sahaja menarik perhatian peminat.
Malah persediaan mereka untuk mendirikan rumah tangga pada 12 Disember nanti turut mendapat restu daripada dua cahaya mata mereka yang bakal menjadi adik-beradik tiri.
Lebih istimewa, kedua-dua anak gadis mereka, Engku Aleesya dan Dania Sofia, bukan sahaja sebaya berusia 16 tahun, malah keserasian dan penerimaan mereka menjadi fokus pasangan itu sebelum mengambil keputusan untuk ke fasa seterusnya.
BACA LAGI: 'Siapa ada nenek toksik?' Layanan berbeza antara cucu, bukan 'favorite' diminta bayar untuk makanan
Menerusi 'podcast' sulung mereka di YouTube, KasiOnz, Erra dan Ezwan berkongsi detik-detik awal perkenalan, termasuk kelegaan mereka apabila melihat keserasian di antara Aleesya dan Sofia.
Erra, yang juga seorang penyanyi dan pengacara terkenal, mempunyai anak tunggal, Engku Aleesya, hasil perkahwinan terdahulu.
Sementara itu, Ezwan pula merupakan seorang duda anak satu iaitu Dania Sofia, juga seorang anak perempuan.
"Sebenarnya anak saya dan anak Ezwan ini umur sama. Dua-dua anak perempuan. Berumur sekarang 16 tahun," kongsi Erra dalam nada syukur.
Bagi pasangan itu, keserasian anak-anak menjadi perkara pertama yang dititikberatkan sebelum melangkah lebih jauh.
"Saya sebenarnya risau sangat penerimaan anak. Korang nak tahu tak? First time kita date, Erra bawa Aleesya. Saya memang tak tahu yang Aleesya ada dalam itu," seloroh Ezwan mengimbau pertemuan pertama.
Ezwan mendedahkan, niat Erra membawa Aleesya pada pertemuan pertama adalah bagi mengelakkan pandangan bahawa ia adalah temu janji.
Erra menyifatkan pendekatan itu adalah betul kerana penting bagi pasangan membawa haluan masing-masing untuk melihat reaksi anak-anak terlebih dahulu.
"Nampak? Nampak siapa yang nak dating," usik Ezwan, mengundang tawa Erra.
Erra seterusnya melihat Aleesya selesa dengan Ezwan yang digelar sebagai 'uncle' yang ramah dan pandai mengambil hati.
"Anak saya melihat Uncle Ezuan dia sebagai uncle yang sangat ramah. Dia ramah. Awak ramah. Awak pandai ambil hati budak. Ini saya tengoklah. So, dia rasa selesa," jelas Erra.
Bagi Erra, apabila anak-anak menunjukkan keserasian, separuh daripada kerisauan mereka terlerai.
"Jadi saya rasa mana couple-couple usia-usia kita ini yang mungkin dia pun ada anak, yang ini pun ada anak. First thing first is macam mana kita tengok keserasian anak. So, bila anak boleh terima, hah, lega.
"Kemudian, barulah fasa seterusnya lagi jumpa pula dengan ibu bapa, macam mana? Okay ke tidak? Saya rasa itu kita buat cara yang betullah," kata Erra yang memuji pendekatan mereka.
Erra pula bercerita mengenai perkenalannya dengan Sofia, anak gadisnya yang mempunyai rupa paras yang cantik dan elok sebagaimana bapanya.
"Namanya Sofia 16 tahun. Dania Sofia tapi saya panggil Sofia je lah. Ya, perkenalan dengan Sofia. Sofia ikut ayahnya juga. Papanya. Very extrovert juga. Jenis yang letak mana-mana dia pandailah bawa diri dan perjumpaan pertama kali dengan Sofia itu. Dekat itu, makanan Jepun.
"So dia very talkative. Berbicara pandai, bijak, ramah budaknya. Alhamdulillahlah. Dia pun boleh terima saya. Masa tu terima sebagai aunty je. 'Oh ini kawan papa'. Habis sekarang? Sekarang pun kawan papa juga. Tak adalah, dia terima lah. Dia pun tahu yang kita tengah berkawan," kongsi Ezwan dengan nada bergurau.
Erra menambah, rasa lega itu hadir kerana kedua-dua anak mereka bersikap positif dan merestui perancangan perkahwinan ini.
Penyatuan dua keluarga itu bakal berlangsung pada 12 Disember ini di Shah Alam, Selangor, diikuti majlis resepsi pada keesokan harinya, selepas lebih setahun Ezwan dan Erra berkawan dan kini melangkah ke fasa yang lebih serius. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
