'Sama macam tukar pad', pakar saran tak perlu tunggu sampai 12 jam bila guna 'menstrual cup'


  • Sihat
  • Isnin, 01 Dis 2025

'Menstrual cup' selamat digunakan dalam tempoh panjang sekiranya dibersihkan dengan kerap. — Gambar hiasan

KESELAMATAN penggunaan cawan haid atau lebih dikenali sebagai menstrual cup sentiasa menjadi topik perbahasan dalam kalangan wanita di media sosial.

Ia secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan.

Persoalan itu mula dibicarakan apabila seorang pengguna akaun Threads @cikgumurniee memohon pencerahan berkaitan tempoh penggunaan menstrual cup yang tepat ketika haid.

BACA LAGI: Hati-hati ambil jamu, penggunaan bahan terlarang, tiada kajian santifik risiko kanser payudara dan rahim

BACA LAGI: [VIDEO] Pertaruh nyawa sendiri, bapa sanggup jadi 'perisai' selamatkan anak dirempuh kereta di selatan Thailand

menstrual cup boiling in water. feminine intimate hygiene

Pakar menggalakkan untuk sentiasa mencuci dan membersihkan 'menstrual cup' selepas ia digunakan. — Gambar hiasan

"Saya ada masuk live penjual wanita dan tanya bahaya atau tidak masukkan sesuatu ke dalam faraj dalam jangka masa 12 jam.

"Tetapi, dia marah dan cakap pakai tuala wanita (pad) lebih bahaya," luahnya.

Mengulas lanjut, beberapa pakar wanita tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Menerusi respons seorang warga maya dikenali sebagai Ummi Sumaiyah yang juga merupakan doktor menjelaskan bahawa menstrual cup diperbuat daripada silikon gred perubatan (medical grade silicone) adalah selamat digunakan.

"Saya sendiri sudah lebih dua tahun gunakannya, tetapi selalunya tak tunggu sampai 12 jam.

"Yang penting jaga kebersihan," katanya sambil menambah, penggunaan menstrual cup turut membantu mengurangkan alahan, menjimatkan kos serta lebih mesra alam.

Seorang lagi pakar, Dr. Nurul A’in Sa’ari bagaimanapun berkata, ia selamat digunakan sehingga 12 jam.

Beliau turut menjelaskan penggunaan tampon pula selamat digunakan sehingga lapan jam sahaja kerana ia diperbuat daripada kapas.

Namun, menurutnya, tempoh pemakaian semata bukanlah aspek utama, malah cara menjaga kebersihan menstrual cup itu yang perlu dititikberatkan oleh pengguna.

"Apa-apa pun, digalakkan tukar lebih kerap untuk kebersihan sama seperti tukar pad," jelasnya.

Selain memastikan kebersihan tangan sebelum dan semasa memakai, rata-rata pengguna menstrual cup menyarankan agar alat tersebut disterilkan dengan lebih kerap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram