PENJAGAAN kulit sentiasa berubah, begitu juga dengan rutin anda.
Apa yang sesuai untuk kulit pada usia 25 mungkin tidak lagi berkesan pada usia 45 dan itu adalah perkara biasa.
Menurut doktor estetik terkenal di United Kingdom (UK), Dr. Sophie Shotter, rahsia kulit sihat dan berseri bukan terletak pada membeli produk baharu.
BACA LAGI: Adik Hanis Zalikha diterima sebagai peguambela, peguamcara, ibu kenang detik lahir tak cukup bulan

Usia 20-an ialah masa terbaik untuk mula bina asas penjagaan kulit. — Gambar hiasan/Freepik
Sebaliknya, ia tentang memahami apa yang kulit wajah perlukan dan memberinya penjagaan yang tepat mengikut usia.
Dr. Sophie mencadangkan pendekatan penjagaan kulit mengikut dekad usia, bermula dari tabiat memakai pelindung matahari pertama hingga rutin paling lembut pada usia lanjut.
20-an: Bina tabiat penjagaan kulit dari awal
Usia 20-an boleh dianggap sebagai 'tahun latihan' untuk kulit.
Pada tahap ini, penting untuk mula mengenali kulit sendiri dan cuba rutin yang sesuai.
Perlindungan daripada cahaya matahari setiap hari sangat penting untuk cegah penuaan pramatang.
Selain itu, mula amalkan cara menyokong kolagen supaya kulit kekal anjal dan berseri di masa depan.
Pilih rutin berdasarkan keperluan kulit sendiri, bukan ikut trend semata-mata.
30-an: Sokongan kolagen dan kekalkan kecerahan kulit
Usia 30-an biasanya lebih sibuk dengan kerja, kurang tidur, atau ada anak kecil.
Pada usia ini, tanda awal penuaan mula muncul. Fokus pada cara untuk menyokong kolagen dan mengekalkan kecerahan kulit.
Jangan lupa penjagaan sekitar mata untuk kurangkan garis halus, bengkak dan lingkaran gelap.
Eksfoliasi lembut boleh dilakukan untuk mengekalkan kesegaran kulit, tapi jangan keterlaluan.

Di usia 40-an, urutan wajah membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak. — Gambar hiasan/Freepik
40-an: Hidrasi dan pembaharuan kulit lebih penting
Perubahan hormon dan tekanan hidup boleh buat kulit menjadi kering, sensitif atau muncul garis halus.
Pada usia ini, penting untuk beri kulit hidrasi lebih, termasuk krim malam untuk bantu kulit pulih semasa tidur.
Eksfoliasi perlu lembut, manakala urutan muka secara berkala boleh bantu lancarkan peredaran darah dan kurangkan bengkak di muka dan leher.
50-an dan 60-an: Perkuat dan nutrisi
Pada usia ini, kulit mula menipis dan kehilangan keanjalan, terutama di kawasan leher dan dada.
Fokus pada mengekalkan kelembapan dan menyokong keanjalan kulit.
Rutin penjagaan sebaiknya ringkas tapi tepat mengikut keperluan kulit.
70-an: Rutin sederhana dan lembut
Bagi mereka yang berusia 70-an ke atas, rutin yang sederhana dan lembut adalah yang terbaik kerana kulit menjadi lebih sensitif.
Hidrasi tetap keutamaan. Elak bahan yang boleh mengakibatkan iritasi atau alergi dan elak air terlalu panas atau kain kasar yang boleh merosakkan kulit.
Perubahan kulit pada usia ini adalah normal dan dengan penjagaan yang betul, kulit masih boleh kelihatan berseri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
