Majlis makan malam 5 tahun lalu bibit pertemuan Albanese, isteri, PM Australia pertama kahwin ketika sandang jawatan


  • Cinta
  • Ahad, 30 Nov 2025

Anthony dan isterinya yang baharu, Jodie Haydon semasa majlis perkahwinan mereka di Canberra pada Sabtu. — Agensi

PERDANA Menteri Australia, Anthony Albanese disatukan dengan pasangannya, Jodie Haydon dalam satu majlis penuh intim pada Sabtu di kediaman rasminya di Canberra.

Anthony menjadi perdana menteri pertama dalam sejarah 124 tahun kerajaan persekutuan Australia berkahwin semasa masih menjawat jawatan.

Majlis resepsi mereka diadakan di The Lodge dengan kira-kira 60 tetamu termasuk pelakon pemenang Oscar, Russell Crowe dan beberapa menteri kabinet.

BACA LAGI: Budak hiper jadi tenang, pemalu tukar berani, teknik asas taekwondo bantu anak lebih fokus — Jurulatih

BACA LAGI: Keserasian kunci kebahagiaan Bella Dally dan suami, kini lebih fokus keluarga, bisnes fesyen

Tiada liputan media dibuat sehingga selepas majlis selesai.

"Kami sangat gembira dapat berkongsi cinta dan komitmen kami untuk menjalani hidup bersama di hadapan keluarga dan sahabat terdekat," kata pasangan itu dalam kenyataan rasmi.

Dalam majlis itu, mereka menulis sendiri janji perkahwinan mereka.

Haiwan peliharaan mereka, iaitu seekor anjing yang dinamakan Toto, menjadi pembawa cincin, manakala anak saudara Haydon, Ella yang berumur 5 tahun, menjadi flower girl.

Anthony, 62, yang bercerai dan mempunyai seorang anak, melamar Haydon, 46, di The Lodge pada Hari Valentine tahun lalu.

Mereka awalnya merancang majlis lebih besar sebelum pilihan raya Mei lalu, namun ditangguhkan kerana kebimbangan strategi politik semasa krisis kos hidup.

Majlis perkahwinan berlangsung dua hari selepas Parlimen ditutup untuk tahun ini.

Haydon yang bekerja dalam bidang kewangan, pertama kali bertemu Anthony pada majlis makan malam perniagaan di Melbourne pada 2020. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram