Keserasian kunci kebahagiaan Bella Dally dan suami, kini lebih fokus keluarga, bisnes fesyen


  • Cinta
  • Ahad, 30 Nov 2025

PELAKON dan usahawan, Bella Dally berkongsi sisi manis tentang kehidupan rumah tangganya yang kini menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan. 

Bercerita mengenai hubungan bersama suami, Arif Izuddin Mohd Radzali, Bella menyifatkan keserasian mereka berdua menjadi kunci utama perhubungan.

“Saya dan suami sangat sederhana. Kami suka bersenam dan melancong bersama. 

"Banyak persamaan antara kami. Saya rasa keserasian antara suami dan isteri memang sangat penting,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Mahu selamatkan perkahwinan? Bersedia untuk ‘adjust’, ‘upgrade’ dan ‘downgrade’

BACA LAGI: Disangka sudah meninggal, wanita terlantar 2 tahun kejutkan semua apabila ‘bangun’ di dalam keranda

Bagi pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally itu, apabila pasangan berkongsi minat dan nilai sama, cinta itu menjadi lebih matang dan harmoni.

Pada June lepas, Bella juga berangkat menunaikan haji bersama suami. 

Sebelum ini, pada 2019, pasangan itu turut memilih ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama-sama. 

Mengulas perkembangan kerjaya, Bella mengakui dirinya kini kurang aktif dalam dunia lakonan kerana fokus hidup telah beralih.

“Saya kurang berlakon kerana sibuk dengan bisnes dan komitmen sebagai isteri. Keutamaan dan tanggungjawab sekarang memang berbeza,” jelasnya.

Bella menekankan bahawa dirinya kini lebih memberi perhatian kepada perkara yang memberi kestabilan jangka panjang iaitu keluarga dan perniagaan.

Dalam dunia fesyen pula beliau semakin giat memperkembangkan jenama pakaian, DALLY, yang mensasarkan wanita berkerjaya. 

Menariknya, beliau sendiri mereka dan menghasilkan setiap rekaan.

“Saya sibuk mereka dan menghasilkan sendiri rekaan baju. Sekarang saya sedang menyiapkan stok untuk raya tahun depan. 

"Sasaran saya memang wanita bekerjaya. Jadi saya hasilkan blaus mudah dipakai, tetapi tetap bergaya,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram