PELAKON dan pelawak terkenal, Bell Ngasri mencuri perhatian ramai selepas anak perempuannya, Nasfarisya Nasrizal diumumkan Ikon Khalifah Perempuan 2025 dalam sebuah majlis di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor pada Jumaat lalu.
Dalam video dimuat naik di media sosial, Nasfarisya kelihatan terkejut, sebaik namanya diumumkan sebagai penerima anugerah khas itu.
Selain anugerah sebagai Ikon Khalifah Perempuan 2025, Nasfarisya juga menerima dua lagi anugerah lain.
'Alhamdulillah, tiga anugerah untuk hari ini," kata adik Bell Ngasri, Datin Anne Ngasri.
Lebih menyentuh hati, tindakan spontan Bell yang terus naik ke pentas untuk menyokong anak kesayangan beliau.
Bell turut berkongsi rasa syukur dan bangga terhadap anak perempuannya itu.
“Tahniah kakak untuk anugerah tertinggi sekolah… Ikon Khalifah 2025. Syukur, nikmat ALLAH. Saya pun kena naik pentas hingga orang ingat saya pun salah seorang pelajar. Apa pun, terima kasih kakak membanggakan mama dan baba," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji galakan Bell yang menjadi kekuatan untuk anaknya melangkah jauh.
"Tahniah kakak. Semoga terus sukses di masa hadapan. Rasanya dah boleh jadi penyambung legasi bapanya ini," kata Elynne Azlin.
"Ini kalau di luar mungkin orang ingat pasangan. Bapanya muka tak makan usia langsung," kata Hunny Madhu.
"Masalahnya bapa awak dik dari kami kecil sampai besar sama je," kata Aein Nieza. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
