PENYANYI Hollywood, Taylor Swift, sekali lagi mencuri perhatian, bukan sahaja dengan muzik, tetapi juga gaya fesyen yang unik dan menarik.
Walaupun dipakai pada 2019, busana tersebut baru-baru ini menjadi bualan ramai kerana dihasilkan di Bali, Indonesia secara handmade (buatan tangan) oleh para wanita tempatan.
Rekaan jumpsuit itu dihiasi sequin (labuci) penuh dengan gabungan warna biru dan merah jambu.
BACA LAGI: Diana Danielle belajar 'small talk' di majlis, bina jaringan sosial lebih luas, bukan bual kosong
Lebih menarik, ia adalah 100 peratus dihasilkan secara handmade termasuk sulaman tangan yang halus dan teliti.
Video yang dimuat naik di akaun rasmi Pejabat Wilayah Kastam Jawa Tengah dan Yogyakarta memaparkan proses pembuatan busana tersebut, memperlihatkan setiap perincian sulaman dan labuci dibuat dengan teliti oleh para pembuat.
Jumpsuit Rosa Bloom daripada jenama fesyen CV Casa Annie itu dipakai pelantun lagu Love Story, Shake it Off tersebut ketika menghadiri red carpet iHeart Radio 2019.
Potongannya sederhana dengan lengan dan seluar pendek, namun setiap sulaman tangan dan hiasan labuci mencerminkan ketelitian para artisannya.
Untuk makluman, CV Casa Annie bermula pada 2008, diasaskan oleh Melia bersama ibunya, dan menjadi sebuah syarikat perniagaan rasmi pada 2016.
Ramai wanita tempatan turut terlibat dalam penghasilan rekaan mereka yang dihiasi dengan labuci, crochet dan sulaman tangan menjadikan setiap busana unik dan bernilai tinggi.
Difahamkan, selain Taylor Swift, beberapa personaliti rnama lain seperti Jessie J dan Ratu Sepanyol turut pernah memakai hasil karya mereka. Bagaimanapun, tidak disertakan foto mereka dalam persalinan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
