SEORANG anak lelaki berusia 10 tahun dikatakan terus 'membisu' sambil makan biskut selepas ibunya menegaskan praktikaliti berhubung permintaan membelikan baju tema haiwan sempena meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah.
Kisah itu menjadi tular selepas ibu terbabit berkongsi di laman Threads beliau.
Dalam hantaran itu, si ibu menceritakan bahawa anaknya, Umar minta membelikan baju haiwan secara dalam talian menerusi platform e-dagang terkemuka.
BACA LAGI: Disangka sudah meninggal, wanita terlantar 2 tahun kejutkan semua apabila ‘bangun’ di dalam keranda
Namun, wanita itu bertanya kembali kepada anak lelakinya sama ada sanggup atau tidal memakai baju tema haiwan berkenaan ke pusat beli-belah selepas acara.
"Kalau mama beli, nak tak pakai ke mall selepas itu? Kita nak pergi mall," katanya.
Mendengar soalan itu, Umar hanya diam sambil makan biskut dan tidak lagi meminta baju tersebut.
Ibu berkenaan menegaskan bahawa baju itu bukanlah keperluan wajib dan menyifatkan baju sukan sudah memadai.
Pun demikian, hantaran berkenaan mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif termasuk segelintirnya berpendapat si ibu seakan tidak mempeduli soal keperluan anak bagi meraikan sambutan di majlis sekolah.
Bagaimanapun, pelakon Elfira Loy menegaskan bahawa pendekatan ibu berkenaan sebenarnya biasa bagi sesetengah keluarga.
“Memang ada kelompok macam itu. Bila ibu-ibu dari kelompok berbeza bergaul, kita belajar cara baharu. Jangan marah mak tu, share ilmu dengan elok-elok," katanya.
Sementara itu, pereka fesyen Fizi Woo menawarkan diri mereka kostum comel untuk Umar.
“Hi adik Umar. Uncle reka kostum haiwan paling comel untuk kamu. Apa kata capybara? Pasti nampak adorable!," katanya.
Selain itu, seorang warga maya Anis Zainal pula menasihati warganet agar tidak menghukum ibu berkenaan secara keterlaluan.
“Tak perlu malukan ibu tu. Semua ibu pernah tersilap tanpa sengaja. ALLAH simpan aib kita. Jangan rasa diri lebih suci daripada orang lain," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
