Diana Danielle belajar 'small talk' di majlis, bina jaringan sosial lebih luas, bukan bual kosong


  • Sukses
  • Khamis, 27 Nov 2025

Perbualan santai secara tidak langsung membantu meningkatkan kemahiran bersosial dengan orang awam. — Diana Danielle

PERBUALAN santai atau dipanggil small talk ternyata memainkan peranan penting untuk mendapat komunikasi dua hala yang berkesan.

Selain dapat memperkukuhkan jaringan sosial, ia juga menjadi medium pemula bicara terutama apabila berada di sebuah majlis atau acara besar.

Sama seperti dikongsikan pelakon terkenal, Diana Danielle tentang kepentingan small talk sebagai kemahiran penting dalam kehidupan moden.

BACA LAGI: 'Ramai ibu bapa tiada common sense', staf dedah tinggal anak 3 jam berlapar dalam 'indoor playground', biar kencing sendiri

BACA LAGI: Mohon kerja guna akaun berbeza sampai 'spam' nombor peribadi, Christy Ng hantar surat saman, lelaki cuba buli siber

Bergelar selebriti dan kerap tampil di khalayak ramai, Diana menolak bahawa ia juga mampu membuka banyak peluang rezeki baharu.

"Waktu dulu saya tak suka 'small talk' sebab sentiasa diberitahu bahawa semua orang hanya berpura-pura atau membosankan.

"Tetapi, lama-kelamaan saya sedar bahawa sejahat atau sebaik-baik manusia pasti ada perkara, ilmu dan pengalaman kita boleh ambil buat pengajaran.

"Bila pergi majlis besar yang ramai orang, perkara ini boleh bina hubungan baharu dan pada masa sama banyak pintu rezeki dan peluang terbuka," jelasnya.

Diana turut menegaskan bahawa perbualan santai bukanlah sekadar sembang kosong, sebaliknya ruang untuk membina jaringan, belajar tentang pengalaman orang lain serta memupuk empati terhadap cabaran yang mereka lalui.

Jelasnya, kehidupan peribadinya turut berubah ke arah lebih positif selepas mula mengamalkan konsep tersebut.

"Saya pernah kenal dengan pasangan suami isteri yang ada masalah kesihatan mental tetapi cuba untuk masuk dalam dunia pekerjaan.

"Secara tidak langsung kita dapat belajar tentang perbezaan kehidupan orang lain.

"Jadi, jangan pandang rendah pada 'small talk' ya," kongsinya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian dan sokongan ramai warganet di media sosial.

"Setuju sangat, kadang-kadang kita tak pernah tahu dengan siapa akan berjumpa, bersosial dan bina rangkaian.

"Kita juga mungkin terkejut siapa yang berada di sekeliling," ulas komen pemilik akaun Threads @syamin.suhaimi.

"Saya juga berbual-bual kecil walaupun hanya dengan penjual daging di pasar dan kakak jual nasi lemak.

"Saya dapati bahawa mereka sangat menghargai pelanggan yang mengambil tahu terhadap mereka, bukan hanya hubungan transaksional semata-mata.

"Saya juga mendapati ia agak terapeutik untuk seseorang yang tidak banyak bertemu orang," 

"Kenapa nak sombong dengan sesama manusia," tambah @ema.hashim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram