Sebelum meninggal dunia, legenda pemahat kayu ukir diri sendiri tanda hadiah terakhir buat isteri


  • Cinta
  • Selasa, 25 Nov 2025

Masakichi mengukir replika dirinya sendiri sebagai hadiah terakhir buat isteri yang dicintai. — Agensi

DALAM lipatan sejarah Jepun pada penghujung abad ke-19, ketika negara itu giat beralih dari era tradisi ke arah kemodenan.

Muncul seorang tokoh seni yang mana hasil karyanya bukan sahaja menawan malah sarat dengan emosi dan pengorbanan.

Beliau ialah Hanonuma Masakichi, seorang pemahat terkenal dengan kepakarannya dalam menghasilkan 'iki-ningyō' atau patung yang kelihatan hidup.

BACA LAGI: Shahida sayu hati lihat Aliff Syukri tertidur di celahan produk, setia susah senang bersama suami bina jenama

BACA LAGI: Penat isteri urus anak autisme dibalas talak tiga lepas gagal hidang makan malam

Di sebalik keagungan karya seninya tersembunyi sebuah kisah cinta dan pengorbanan yang menjadi legenda iaitu keputusan untuk mengukir patung dirinya sendiri sebagai hadiah terakhir buat isteri tercinta.

Masakichi bukanlah pemahat kayu biasa kerana beliau masyhur atas keupayaannya mencipta patung dengan perincian yang sangat tepat.

Patung-patung iki-ningyō hasil sentuhan beliau lengkap dengan ekspresi wajah penuh realistik, tekstur kulit, malah urat dan otot jelas kelihatan menjadikan Masakichi perintis dalam seni patung hiperrealistik Jepun.

Namun begitu, hidup Masakichi diuji apabila beliau disahkan menghidap penyakit batuk kering (tibi).

Ketika umurnya semakin singkat beliau telah menyiapkan patung dirinya pada 1885, walaupun meninggal dunia 10 tahun kemudian ketika usia 63 tahun.

Masakichi mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah warisan cinta yang kekal abadi.

Apa yang lebih menarik, beliau dipercayai menggunakan bahagian badannya untuk disematkan pada patung tersebut.

Rambut, kuku, malah ada khabar angin mengatakan beliau menggunakan gigi sendiri bagi memastikan patung kelihatan sempurna dan mirip dengan dirinya.

Perinciannya amat mengagumkan termasuklah menghasilkan lubang-lubang kecil pada permukaan patung untuk menyerupai liang pori kulit kemudian setiap liang itu disumbatkan dengan helaian rambut badan sendiri.

Terhasilah sebuah mahakarya bukan sahaja mencerminkan kehebatan seni ukiran Masakichi tetapi menjadi tanda cinta paling bermakna untuk isteri yang dicintai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram