Genap 2 tahun selepas arwah ayah meninggal, Kieda Crepe bakal timang anak ketiga


  • Cinta
  • Selasa, 25 Nov 2025

Kieda Crepe mengumumkan kehamilan ketiganya pada Isnin, yang diketahui tepat dua tahun selepas pemergian arwah bapanya.

PEMPENGARUH media sosial, Kieda Crepe mengumumkan kehamilan ketiganya pada Isnin, yang diketahui tepat dua tahun selepas pemergian arwah bapanya.

Pemilik nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra itu berkongsi berita gembira tersebut melalui hantaran di Instagram ketika dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama suami, Mohd Hilmi Mohd Zaki dan ibu bapa mereka. 

Dalam video yang dimuat naik, Kieda membuat kejutan kepada suaminya yang sedang merakam video promosi perniagaan mereka. 

“Dengan nama ALLAH, aku berlindung daripada mata-mata jahat… ALLAH hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya," katanya di Instagram. 

BACA LAGI: Hiba baca nota nukilan anak bakal duduki SPM, Dr Asyraf Wajdi singgah sekolah titip kata-kata perangsang

BACA LAGI: Disangka sudah meninggal, wanita terlantar 2 tahun kejutkan semua apabila ‘bangun’ di dalam keranda

Tarikh 25 Julai 2025 jelas meninggalkan kesan mendalam buat Kieda kerana ia menandakan genap dua tahun pemergian bapanya. 

Bagaimanapun, kehadiran zuriat baharu itu menjadi pengubat rindu dan sumber kebahagiaan bagi Kieda sekeluarga.

Berita gembira itu mendapat sambutan hangat peminat dan rakan selebriti. 

“Masya-ALLAH! Kita genglah Kieda. Bayi 2026. Tahniah, Insya-ALLAH semoga sihat dan selamat semuanya untuk kita," kata Nurul Erwani Zaidi

“Dari Kieda pakai baju hijau masa kenduri tu sudah rasa macam Kieda mengandung. Apa pun tahniah kak Kieda, semoga dipermudahkan segala urusannya," kata Shamien Hadhirah

Untuk rekod, Kieda dan Mohd Hilmi berkahwin pada 12 Mac 2016 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Aqeef Fayyadh dan Muhammad Hadif Fairel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram