'Alhamdullilah', Alyssa, Al bakal timang anak sulung, Maia Estianty ingin cucu panggil 'Oma Bunda'


  • Bonda
  • Ahad, 23 Nov 2025

Al Ghazali dan Alyssa Daguise mengesahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama. 

PASANGAN selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise mengesahkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama. 

Perkhabaran itu dikongsi melalui satu hantaran bersama di media sosial, sekali gus mengesahkan berita kehamilan yang menjadi perhatian peminat.

Dalam perkongsian tersebut, pasangan itu menyatakan bahawa selepas melalui pelbagai fasa dalam hubungan mereka, menyambut cahaya mata pertama adalah detik paling istimewa dalam hidup.

Mereka bersyukur kerana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

BACA LAGI: Min Luna buka tirai Fashionably Modest Asia 2025, menata rias gabungan 20 'look' dari pelbagai pereka

BACA LAGI: Rindu yang tidak pernah padam, Ibu Hanim kongsi cara bangkit selepas pemergian suami

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif, termasuk daripada ibu Al, iaitu pemuzik terkenal Maia Estianty yang jelas teruja menanti kelahiran cucu sulungnya.

“Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar,” tulisnya.

Maia sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk menimang cucu ketika menghampiri usia 50 tahun, seperti yang dikongsikan dalam program Maia AlElDul TV.

“50 tahun adalah tahun aku mahu menimang cucu. Aku sudah bersedia menjadi Oma Bunda,” katanya.

Beliau turut menyifatkan gelaran sebagai nenek sebagai satu bab baharu dalam kehidupannya yang diraikan dengan penuh rasa bangga dan keterujaan.

“Ini satu bab baru dan sudah pasti kita bangga apabila memasuki fasa sebagai seorang nenek,” ujarnya.

Al Ghazali dan Alyssa Daguise mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025 selepas menjalani hubungan selama hampir enam tahun.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram