Bukan sekadar pasangan, kakak ipar memahami antara rezeki dalam perkahwinan


  • Cinta
  • Sabtu, 22 Nov 2025

Ramai menyifatkan Hanna sangat bertuah kerana jarang menemui ipar duai yang sanggup menegur darah daging sendiri demi kebaikan rumah tangga orang lain. — Gambar janaan AI

REZEKI dalam perkahwinan bukan sahaja diukur pada wang ringgit atau pasangan yang baik, malah memiliki keluarga mentua yang menyokong juga merupakan satu nikmat tidak ternilai.

Baru-baru ini, tular di Threads, satu perkongsian menarik daripada seorang wanita dikenali Hanna, yang meluahkan rasa syukurnya dikurniakan seorang kakak ipar sangat prihatin dan memahami.

Menerusi hantaran tersebut, Hanna berkongsi tangkap layar perbualan mesej antara kakak iparnya dengan suaminya.

BACA LAGI: Risiko bina, reka rumah ikut 'selera peribadi', jual RM5 juta pun tak laku walau lokasi strategik - Pakar

BACA LAGI: [VIDEO] Halaman bak padang golf, rahsia penjagaan rumput sebenar bersama pakar

Apa yang mencuri tumpuan warga maya adalah sikap kakak iparnya yang langsung tidak menyebelahi adiknya sendiri (suami Hanna) apabila berlaku perselisihan faham.

Menurut Hanna, kakak iparnya itu bukan sahaja tidak memihak kepada adiknya secara membuta tuli, malah siap memberikan 'ceramah' dan tips berguna kepada si suami tentang cara memujuk isteri yang sedang merajuk.

"Syukur dapat kakak ipar yang baik. Tak pernah backup adik dia kalau adik dia salah. Siap bagi tips kat adik dia cara-cara pujuk isteri merajuk. Ini conversation dia dengan suamiku," tulis Hanna.

Menerusi tangkap layar mesej yang dikongsikan, kakak ipar Hanna dilihat memberikan nasihat 'padu' kepada adiknya supaya tidak membiarkan isteri memendam rasa sendirian.

Kakak ipar menekankan bahawa usaha si suami itu lebih penting berbanding kemewahan. Malah, idea yang diberikan cukup kreatif dan tidak membebankan poket.

"Hanna merajuk itu, pergilah pujuk, jangan asyik tinggal dia. Bawa jalan mana-mana, janji berjalan. Bawa pergi tidur hotel murah pun tak apa," pesan kakak iparnya.

Tambah wanita itu lagi, elemen romantik boleh diwujudkan dengan modal serendah RM10 sahaja.

"Lepas itu beli bunga rose kedai India, tabur atas katil, bunga baru RM10. Letak coklat atas katil, modal tak besar pun tak apa, perempuan nak tengok effort."

Apa yang lebih menyentuh hati, kakak ipar tersebut turut mengingatkan adiknya tentang pengorbanan Hanna yang tinggal berjauhan daripada keluarga asalnya di Melaka.

"Kau suami kena main peranan, jaga hati isteri. Dia duduk Melaka bukan ada sesiapa, mak ayah dia jauh. Kau ubah sikap, jadi suami bertanggungjawab, romantik sikit."

Beliau turut menasihati agar pasangan itu menggunakan masa berdua sebaiknya sementara belum dikurniakan cahaya mata dengan aktiviti seperti menonton wayang, karaoke dan keluar dating seperti zaman bercinta.

"Jangan guna alasan tak ada duit, kita ini hidup sekali, duit boleh cari. Bini yang baik yang faham kita susah nak cari, jangan sia-siakan, ingat," tulis kakak ipar itu lagi.

Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya memuji sikap kakak ipar Hanna.

Ramai menyifatkan Hanna sangat bertuah kerana jarang menemui ipar duai yang sanggup menegur darah daging sendiri demi kebaikan rumah tangga orang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram