APABILA bercakap tentang dekorasi dan reka bentuk dalaman, kita sering kali disajikan dengan gaya-gaya popular seperti moden kontemporari, Skandinavia atau pun bohemian.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa gaya reka bentuk dalaman yang sungguh unik, jarang didengar tetapi berupaya memberikan sentuhan estetika dan fungsi yang berganda pada kediaman anda?
Pengasas firma reka bentuk dalaman terkenal, @studio.anva, Alyssa Anselmo berkongsi pandangan beliau tentang tiga gaya reka bentuk dalaman yang mungkin kurang popular, namun membawa falsafah yang mendalam dan tersendiri.
BACA LAGI: 'Interior' paling unik, kenali tiga gaya jarang didengar tapi beri fungsi, estetika berganda
BACA LAGI: "Nyawa perlu dibalas nyawa", ibu reda hukuman 40 tahun buat penjenayah liwat, bunuh bayinya
1. Vernakular
Gaya vernakular sebenarnya adalah bahasa reka bentuk yang lahir daripada tempat atau lokasi geografi itu sendiri.
Ia bukan sekadar hiasan, tetapi satu falsafah seni bina yang jujur dan tulus.
Menggunakan bahan-bahan tempatan, hasil pertukangan serantau dan teknik-teknik yang spesifik mengikut iklim setempat.
Ia mencipta seni bina yang benar-benar ‘milik’ di mana ia berdiri.
Gaya itu menampilkan sisi jujur, belum digilap dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan persekitaran semula jadi.
Pada pandangan Alysaa, gaya itu membawa salah satu prinsip reka bentuk yang paling penting iaitu perincian buatan tangan yang berevolusi mengikut masa dan cuaca.
2. Industrial Romanticism
Gaya itu adalah pertembungan yang mana struktur kasar dan mentah bertemu dengan sentimen lebih halus.
Ia adalah interpretasi yang lebih lembut dan beremosi terhadap reka bentuk industri sejuk.
Ia membayangkan semula kilang-kilang dan gudang lama melalui lensa lebih lembut.
Struktur kasar seperti konkrit terdedah, keluli dan batu-bata dikontraskan dengan material mewah dan lembut seperti velvet dan pencahayaan yang hangat.
Ia adalah pendekatan yang jauh lebih lembut berbanding gaya Industrial yang dingin dengan keseimbangan nostalgia yang hampir puitis.
3. Quiet Luxury
Inilah definisi sebenar kemewahan bagi Alyssa, iaitu kemewahan tanpa logo atau jenama yang jelas.
Ia menolak tanggapan bahawa kemewahan bermaksud segala-galanya perlu besar dan berwarna emas.
Kemewahan sejati adalah mengenai sifat menahan diri, integriti material dan reka bentuk yang tidak lapuk dek zaman.
Menggunakan palet warna yang lembut, tekstur semula jadi, jahitan yang sempurna dan ketukangan yang membisik bukannya menjerit.
Ini adalah seni untuk merendah diri, yang mana setiap perincian terasa disengajakan dan tiada apa-apa pun yang cuba keterlaluan.
Ia memfokuskan pada kualiti tertinggi bahan dan reka bentuk yang halus, hanya difahami oleh mereka yang menghargainya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
