MERUPAKAN antara bangunan paling mahal di dunia, Las Vegas Sphere, kini bukan sahaja menjadi tarikan visual malah secara rasmi memperkenalkan maskot emoji animasi ikoniknya sendiri.
Ia dikenali sebagai 'Orbi', watak digital yang telah memukau penonton sejak penampilan sulungnya pada 2023 di skrin LED terbesar dunia itu.
Bangunan berbentuk sfera yang bernilai kira-kira RM10.8 bilion itu telah menjadi ikon global dan kini maskot Orbi menjadi fenomena sehingga menarik perhatian seluruh dunia.
BACA LAGI: 'Anda tak pernah tua pegang tangan ibu', pempengaruh ingatkan hargai masa bersama ibu bapa
BACA LAGI: [VIDEO] Bapa jadi perisai hidup lindungi anak perempuan dalam cubaan rompakan berkumpulan
Sebagai langkah komersial baharu, Sphere Entertainment Co. melancarkan platform e-dagang bagi memberi peluang kepada peminat di seluruh dunia untuk membeli barangan rasmi berjenama Sphere dan Orbi secara dalam talian.
Sejak kemunculan pertamanya di skrin LED gergasi Sphere, Orbi telah menggembirakan penonton dengan animasi yang dinamik dan ekspresif.
Watak itu dilihat meraikan sambutan bermusim, daripada menyarung kostum 'vampire' untuk Halloween, hinggalah menyambut tahun baharu dengan cermin mata yang meriah.
Orbi juga bertindak balas terhadap keadaan semasa, seperti 'berpeluh' ketika melalui gelombang haba Las Vegas dan mengenakan pelekat "Saya Telah Mengundi" pada Hari Pilihan Raya.
Keunikan watak Orbi itu turut menjadikannya sensasi budaya pop.
Maskot tersebut mendapat pengiktirafan tersendiri apabila akhbar terkemuka, The New York Times, menyenaraikannya sebagai salah seorang daripada 71 'Individu' Paling Bergaya pada 2023.
Sifat Orbi yang sering berubah 'mood' turut dibandingkan dengan bangunan Sphere itu sendiri, yang mana ia dianggap sebagai 'cincin mood' bagi bangunan bernilai berbilion ringgit itu.
Pelancaran Orbi sebagai maskot rasmi menandakan kejayaan strategi pemasaran berpengalaman Sphere, yang mana jenama mencipta watak yang boleh menarik peminat di luar paparan visual semata-mata.
Orbi kini menjadi ikon jenama yang berjaya dan bukan hanya sekadar paparan skrin yang menyeronokkan.
Malah ia diangkat menjadi ikon jenama yang benar-benar berhubung dengan orang ramai.
Agensi penjenamaan juga dilihat berperanan membantu menghidupkan maskot seperti Orbi, mengubah momen tular yang menyeronokkan menjadi ikon jenama yang berkekalan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
