[VIDEO] Bapa jadi perisai hidup lindungi anak perempuan dalam cubaan rompakan berkumpulan


  • Maya
  • Rabu, 19 Nov 2025

Seorang bapa di Afrika Selatan bertindak menggadai nyawabagi melindungi anak perempuannya daripada cubaan rompakan bersenjata.

SEORANG bapa di Afrika Selatan menjadi wira sekelip mata apabila rakaman video keberaniannya melindungi anak perempuan daripada cubaan rompakan bersenjata tular di media sosial.

Detik-detik cemas itu dipercayai dirakam oleh individu yang berada di kawasan sekitar semasa insiden tersebut berlaku di sebuah kawasan Afrika Selatan.

Dalam rakaman tersebut si bapa berhadapan dengan sekumpulan individu yang cuba menyerang dan merompak kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih miliknya.

BACA LAGI: Aon Somrutai popular dengan ungkapan 'Thank You Kateyki' selamat lahir bayi perempuan

BACA LAGI: [VIDEO] Halaman bak padang golf, rahsia penjagaan rumput sebenar bersama pakar

Ketika kejadian, lelaki itu dilihat keluar dari kenderaan SUV pacuan empat roda miliknya dan segera mengambil posisi bertahan.

Semasa berdiri di tepi pintu kereta sambil menghalang pintu daripada dibuka, si bapa turut memegang sebilah pisau kecil sebagai alat mempertahankan diri.

Meskipun berdepan dengan situasi yang jelas membahayakan nyawa dia bersama keluarga, bapa itu tidak lari dan sanggup mempertahankan anak perempuannya.

Selepas beberapa saat dikepung, seorang penyerang dilihat berlari ke arah kereta namun bapa itu segera menghalang.

Gara-gara gagal untuk merompak keluarga tersebut, sekumpulan penyerang itu kelihatan melarikan diri sambil meninggalkan si bapa yang tersembam di atas jalan raya dipercayai akibat pergelutan.

Insiden itu bukan sahaja mengejutkan warga setempat, malah ia turut membuka mata dunia mengenai realiti kehidupan harian yang dihadapi oleh penduduk di Afrika Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram