SEORANG pempengaruh media sosial Amerika Syarikat, Dylan Harrison, tampil mengingatkan semua bahawa kasih sayang seorang anak kepada ibu tidak pernah mengenal usia.
Menerusi perkongsian menyentuh hati, Dylan menekankan bahawa seseorang itu tidak pernah terlalu tua untuk memegang tangan ibu mereka.
Perkongsian Dylan itu menjadi tular dan mendapat reaksi positif daripada jutaan pengguna media sosial, yang rata-rata tersentuh dengan mesej ringkas tetapi mendalam itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Halaman bak padang golf, rahsia penjagaan rumput sebenar bersama pakar
BACA LAGI: Aon Somrutai popular dengan ungkapan 'Thank You Kateyki' selamat lahir bayi perempuan
Dalam video yang dikongsi, Dylan dilihat berjalan bersama ibunya.
Mereka berdua berjalan sambil jari-jari mereka bertaut erat, bergelak ketawa dan berbual mesra seperti hari-hari biasa.
Rakaman santai itu jelas menunjukkan hubungan akrab dan kasih sayang yang mendalam antara anak dan ibu.
Menurut Dylan, beliau menghargai setiap detik bersama ibunya kerana sedar akan pengorbanan wanita itu selama ini.
Ibunya sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak dan bekerja tanpa lelah dalam perniagaan keluarga demi memberikan masa depan yang lebih baik kepada mereka.
Mesej yang disampaikan oleh Dylan itu berfungsi sebagai peringatan yang kuat kepada setiap individu di luar sana.
Walaupun semakin dewasa dan sibuk dengan tanggungjawab peribadi, anak-anak diingatkan untuk tidak lupa meluangkan masa berkualiti bersama ibu bapa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
