[VIDEO] Terpisah 40 tahun akibat perkahwinan tak direstu, anak akhirnya bertemu ibu kandung usia 91 tahun


  • Bonda
  • Rabu, 19 Nov 2025

Wanita tersebut terpisah dengan ibunya selama 40 tahun dan bertemu semula di Chiang Mai, Thailand— TikTok/@pdayayu

PERTEMUAN antara seorang wanita dan ibu kandungnya yang kini berusia 91 tahun mencuri perhatian warga maya selepas beberapa video detik berkenaan tular di media sosial.

Video-video tersebut dimuat naik oleh anak kepada wanita itu sendiri.

Menerusi rakaman tersebut, ibunya dilihat berkunjung ke rumah ibu kandungnya yang terletak di Chiang Mai, Thailand.

BACA LAGI: Intan Najuwa 'unboxing' perkakas dapur, warga maya teruja, siap 'selidik' harga 1 teko cecah lebih RM1,000

BACA LAGI: Graduan 'first class' UUM hidap kanser tak dapat hadir konvo, terharu pensyarah datang rumah sarung jubah, selempang emas

Video itu juga memaparkan dua beranak itu berpelukan sambil menangis.

Kata anaknya, mereka terpisah hampir 40 tahun selepas perkahwinan wanita tersebut dengan lelaki Malaysia tidak mendapat restu keluarga, selain beliau memeluk Islam dan menetap di negara ini.

Anaknya turut menjelaskan perkara itu menerusi komen di media sosial.

"Sebab dulu mama kahwin papa, tak direstui. Mama masuk Islam dan datang duduk Malaysia.

"Selepas itu terputus hubungan. Ini baru jumpa balik," katanya.

Beliau juga menjawab pertanyaan warga maya yang ingin tahu mengapa keluarganya terputus hubungan begitu lama.

"Sebab mak saya sangkut dekat Malaysia kerana isu kad pengenalan diri. Tak boleh balik Thailand. Sekarang baru boleh," tulisnya.

Detik itu turut mendapat perhatian warga maya yang meninggalkan komen termasuk meluahkan rasa lega keluarga itu akhirnya dapat bertemu semula selepas puluhan tahun terpisah.

"40 tahun tu lama. Untung ibu masih ada," komen @mamafahnaz.

"Muka pun sama," ujar @cikkin388.

"Sedihnya. Nasib baik ada lagi mak, boleh peluk cium, boleh minta maaf lagi," kata @idaaqeisya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram