Intan Najuwa 'unboxing' perkakas dapur, warga maya teruja, siap 'selidik' harga 1 teko cecah lebih RM1,000


  • Hias
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Detik itu dikongsi menerusi akaun TikTok miliknya. — TikTok/@intannajuwa

SEBELUM ini, pelakon, Datin Intan Najuwa tular berkongsi set pinggan mangkuk berbentuk kobis dikatakan jenama mewah antarabangsa sehingga mencetuskan fenomena dalam kalangan pengikutnya yang mula mencari dan ingin memiliki set serupa.

Kali ini, beliau sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memuat naik video unboxing koleksi perkakas dapur mewah daripada jenama MacKenzie-Childs menerusi akaun TikToknya.

Dalam rakaman berdurasi 45 saat itu, pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid dibantu oleh pembantu rumahnya kelihatan teruja membuka bungkusan berisi teko, set cawan dan periuk berwarna hitam putih, merah jambu dan biru lembut.

BACA LAGI: Tertukar sejak lahir, 2 wanita Austria bertemu semula lepas 35 tahun, pihak hospital kesal, mohon maaf

BACA LAGI: Sering teman ibu jalani misi kemanusiaan dorong aktivis ubah sisa jadi sumber rezeki wanita miskin

Jenama asal New York itu terkenal dengan rekaan Courtly Check dan Royal Check yang menampilkan corak petak kontras dengan kemasan enamel dicat tangan

Apa yang menarik, corak dan warna jenama berkenaan membawa aura seolah-olah dalam filem Alice in Wonderland (2010) yang menggabungkan unsur klasik dan fantasi.

Lebih mengejutkan, harga bagi satu teko atau periuk mencecah lebih RM1,000, sekali gus menjadikannya bukan sekadar barangan dapur biasa, tetapi simbol kemewahan dan cita rasa tinggi.

Setiap barangan dibuat dengan teliti dan sering dianggap sebagai hiasan meja yang eksklusif.

Gabungan pilihan warna oleh isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman tersebut memberi sentuhan lembut dan moden, menjadikan ruang dapur tampak lebih ceria serta elegan.

Walaupun Intan tidak menyatakan sama ada pembelian itu untuk majlis khas atau kegunaan peribadi, pilihan jenama mewah itu jelas menunjukkan minatnya terhadap gaya hidup berestetika.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak ketinggalan memberikan reaksi mereka. 

"Mesti harga itu setara gaji saya setahun," komen @ly_ambellish.

"Saya beli pinggan mangkuk di kedai biasa sahaja pun masih berkira-kira, tapi Intan memang tahap lain. Beli periuk dan kuali setara gaji seumur hidup kita," kata @nasrina.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengimbas kembali set pinggan bentuk kobis beliau yang pernah menjadi ikutan ramai.

 "Ramai orang tiru pinggan mangkuk kobis dia, tapi beliau beli reka bentuk lain pula,"ujar @xopy.paxte.  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram